Khamis, Disember 31, 2009

Seiring dan Sejalan...

Satu ilmu yang baru saya pelajari dari adik saya. Katanya, dalam hidup... HATI dan MINDA perlu seiring dan sejalan...

Katanya, hati dan minda tak boleh ada konflik... nanti susah! hati nak lain, minda nak lain... celaru lah. betul tu...

Jadi, solusinya... didiklah hati dengan minda. kalau minda kata apa yang dikatakan oleh hati itu salah, cepat2 lah proses balik. memang kata hati itu penting, tapi kata hati yang melulu buat kita sesat! kita perlu sucikan hati menggunakan minda...

"pandangan mata selalu menipu.. pandangan akal selalu tersalah.. pandangan nafsu selalu melulu.. pandangan hati itu yang hakiki, kalau hati itu bersih..."

Kitab suci al-Quran kita berulang kali menyebut, "apakah kamu tidak berfikir?". Bahasa arabnya, "Afala ya'qilun?" Ia menunjukkan bahawa Allah menyuruh kita mengkaji, berfikir... maka akal dan mindalah yang kita gunakan... Tapi dengan panduanNya.

Wallahu a'lam...

When I have nothing to give...

Saya sedang berada di dalam semester terakhir pengajian syariah UIAM... nyatanya, semakin banyak yang saya belajar... semakin banyak yang saya sedar bahawa banyak lagi yang saya tak tahu selama ini. Dulu saya jahiliyyah... sekarang saya sedang mencuba untuk memperbaiki diri...Saya cintakan ilmu. Sebab, ilmu yang dapat ubah hidup saya. Sebab, ilmu yang dapat jaga saya selama ini. Bila saya tersesat, saya tahu jalan pulang.. Saya tak mahu lagi tengok keadaan yang dulu... bukan bererti saya tidak bersyukur, tapi saya rasa saya perlu ubah untuk jadi lebih baik. kenapa tidak sedangkan saya berpeluang?
And when I have nothing to give to anybody, it is sufficient when I can give them what I know about life!! I do appreciate my lovely parents, sisters and friends.... who always beside me. But, I have nothing to give them...
Saya sedang mencari Dia...dalam saya mencari diri saya sendiri. Saya tak tahu apa akan berlaku pada masa akan datang, tapi saya lalui sahaja apa yang saya mampu saya lakukan sekarang.
Saya amat berterima kasih kepada sahabat2 yang mahu memahami saya. Kadang2, saya malu dengan mereka sebab saya tak boleh balas apa yang mereka berikan. Saya sangat sayangkan Farah, teman baik saya dari zaman darjah 1 lagi. Sampai sekarang, dia ada di saat saya memerlukan. Saya sayang Ruhaya, teman sekampung saya yang memahami saya. Saya sayang Kak Miza, roommate yang tahu bila saya sedih dan gembira. Dan ramai lagi sahabat2 yang lain. Terima kasih atas sokongan kalian selama ini. Maafkan saya sebab saya selalu tidak puaskan hati kalian.... It is because I have nothing to give... I just give what I can give to u, my dear... Saya betul2 banyak kekurangan...

Khamis, Disember 24, 2009

Dua orang kanak2 perempuan itu...

Perhentian bas Klang merupakan satu tempat yang tidak asing bagi diri saya.. beberapa minggu yang lalu, saya terlihat dua orang kanak2 perempuan bermain panjat2 sebatang pokok yang berada betul2 di tengah2 bandar itu, sekitar perhentian bas Klang. Kasihan, mereka adalah pengemis jalanan... mangsa pedagang manusia! barangkali...
Sekitar umur 7-12 tahun, saya dan kita pada umur begitu telah bermain panjat2 pokok di sekitar rumah di kampung. bersama teman2... sambil diperhatikan oleh ibu bapa kita. Sesekali, ibu bapa kita akan memarahi kita agar kita tak terjatuh dan tercedera. Kalau cedera, mereka akan sapukan ubat...
Itu lumrah hidup kanak2, mahu bermain dan berseronok... tapi, dua orang kanak2 itu... berbeza hidupnya dengan kita. Disuruh bekerja dengan meminta sedekah! Bukan sekali ini saya memerhati, pernah dahulu... saya telah didatangi oleh seorang kanak2 perempuan di dalam bas, dia menadah tabungnya kepada saya, tanpa kata... Saya bertanya, " Adik dari mana? Mana mak, ayah?" Dia terus berlari...
Semasa saya berjalan2 cari makan dan pusing2 bandar Klang, beberapa kali saya didatangi lagi oleh kanak2 seperti itu. Saya bertanya soalan yang sama... Mereka diam. Pergi tanpa kata...
Soalan saya, kenapa mereka takut? Kenapa mereka tidak menjawab? Hati pun memberikan jawapan, besar kemungkinan mereka mangsa sindiket perdagangan manusia!!
Di mana ibu bapa mereka? benarkah mereka yatim piatu... kalau ya, apa yang Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Rumah Anak Yatim boleh lakukan?
Seruan buat kita, masyarakat perlu memandang.. pihak berwajib perlu bertindak.. ibu bapa perlu menjaga anak2 sebaiknya kerna mereka pembela di masa tua.. Hidup untuk memandang apa yang perlu, memberi kepada yang memerlukan. Kita benci jenayah human trafficking! Agama juga membencinya dan menjaga hidup manusia... Jadi, apa peranan kita?

Selasa, Disember 15, 2009

Mencari CINTA SEMPURNA


Selepas membaca blog Saifulislam.com, saya tertarik untuk menonton drama CINTA SEMPURNA yang telah ditayangkan di Astro Oasis pada Ramadhan yang lalu. Tidak berpeluang untuk menontonnya terus dari televisyen kerana tiada kemudahan Astro di rumah, juga kekangan waktu semasa di kampus membuatkan saya menontonnya dari Youtube baru2 ini. Tidak lupa juga, saya sungguh beiya2 mengajak teman sebilik menonton bersama. Akhirnya dia juga tertarik. Pandai juga saya memujuknya =)


Drama berkonsepkan cerita asal oleh Ustaz Hasrizal ini merupakan satu usaha yang boleh dipuji. Dan penonton wajar mengambil pengajaran daripada kisah ini. Jika kita benar2 menghayatinya, kita pasti memperoleh mesej yang hendak disampaikan dan cuba mempraktikkan dalam kehidupan kita. Susah…sekurang2nya cuba!


Ia merupakan kisah mengenai perkara asas dalam kehidupan kita sebagai manusia dan muslim. Kononnya, seseorang itu dikatakan bahagia…tapi hakikatnya tidak! Kenapa ye?

Shila dan Najib baru pulang dari UK, mendapat ‘western education’ di sana… Shila menuntut jurusan undang-undang, manakala Najib menuntut jurusan seni fotografi dan seangkatan dengannya. Saya kurang pasti dengan nama jurusan sebenar. Mereka lupa dengan adat melayu dan agama Islam, malah jauh menyimpang dari akidah yang sebenarnya. Ibu bapanya bimbang, maka menjemput Ustaz Nazir ke rumah untuk mengajar mereka. Dan mereka telah dipertemukan dengan Dr. Najiha dan seorang bilal buta.


Shila dan Najib ni manalah suka dengan benda2 agama ni.. Arak, pub, disco… dah biasa. Sembahyang, tudung, songkok… untuk apa? Anjing… kenapa tak boleh bela? Kata mereka, Islam betul2 mengongkong. Balik Malaysia, semua tak boleh buat. Lebih baik duduk UK!! Ayah mereka selalu membebel, marah… mereka lawan, selalu bergaduh.

Ustaz Nazir: “What is your purpose of life?? Orang yang tak ada matlamat hidup ibarat memukul bola golf kat padang yang tak ada lubang. Ibarat lembu yang Cuma tahu makan dan tidur..”

Shila: “By being a successful lawyer, with a lot of money. That is my purpose of life!”

Ustaz Nazir: “Tapi ada orang kaya, banyak harta… tapi tak gembira pun. Selalu bergaduh, tak bahagia.”

Sampailah masanya Shila terjatuh cinta dengan Ustaz Nazir, dan Najib terjatuh cinta dengan Dr. Najiha… Pulak dah… parah! Cinta mereka ditolak, ye lah… mana boleh, Ustaz Nazir tu tunang Dr. Najiha. Kecewa lah mereka sampaikan Shila nak bunuh diri, Najib pula sampai nak bunuh Ustaz Nazir. Lawak betul, cetek pemikiran! Nasib baik sempat diselamatkan…

Akhirnya…

Bilal: “Cinta kepada bunga, bunga akan layu. Kalau cinta kepada harta, harta akan musnah. Kalau cintakan manusia, manusia akan mati. Tapi kalau cintakan Allah, Allah kekal abadi.”

Shila: “Saya suka dengan kata2 tu.”

Dr. Najiha: “Itu kata2 dari Imam An-Nawawi.”

Shila: “It is interesting!”

Bilal: “Peniaga Muhammad Iqbal ada mengatakan, ‘Cinta kalau tak bertunjangkan kepada Allah, dia ada rasa tapi tiada pengorbanan’.”

Dr. Najiha: “Pengorbanan yang akan menjadikan cinta lebih manis.”

Shila: “Tapi saya mencari CINTA SEMPURNA…”

Bilal: “Pada manusia, tak ada CINTA SEMPURNA. Tapi kita kena terus mencarinya.”

Shila: “Mencari? Tapi, tadi kata tak ada CINTA SEMPURNA?”

Bilal: “CINTA SEMPURNA hanya milik Allah…”


Kesimpulannya, sepanjang hidup ini adalah satu pencarian kepada CINTA SEMPURNA. Selagi hayat dikandung badan, selagi itulah kita perlu lebih kenal dan cinta kepada Allah. Kita nak raih cinta DIA sebab kita nak syurga DIA… Kata orang, tak kenal maka tak cinta… jadi kenalah kenal DIA dulu. Nanti cintalah tu… Jom sama2 kenal DIA dan dapatkan CINTA SEMPURNA ye =)


Isnin, November 23, 2009

Jodoh & Rumahtangga

Sekadar berkongsi....dari apa yang saya dengar dan tahu. Sedang saya tiada pengalaman. Namun, dari apa yang saya peroleh dalam kuliah, telahan buku-buku, cerita orang-orang tua dan dai'e, moga kita boleh sama-sama mengambil iktibar...mudah-mudahan...

Seorang sahabat yang masih dalam pengajian menasihati kami, jika mahu berumahtangga, fikirlah habis-habis. Sama ada sudah bersedia atau belum? Sebabnya, kerja nikah kahwin ini satu tanggungjawab, selain dari cinta...Dia mengatakan kepada kami, dia agak menyesal sebab sudah berumahtangga pada saat ini.

Saya bertanya mengapa...sedang mereka baru sahaja 6 bulan mendirikan rumahtangga. Kenapa menyesal? Bukankah mereka telah berkenalan dan bercinta sebelum itu, 7-8 tahun lamanya...Di mana keindahan sewaktu bercinta dahulu, hingga tertunggu-tunggu saat diijab kabulkan. Aduh, semakin takut saya mendengarnya. Bukan satu dua kisah keretakan rumah tangga zaman millenium ini. Kadang-kadang, cuma sebab masalah kecil-kecil sahaja pasangan suami isteri boleh bercerai! Lain kisahnya dengan kisah rumahtangga orang-orang tua kita, kasih sayang dan cinta mereka kekal sampai akhir hayat.

Saya cuma bilang padanya, "Jangan menyesal dengan pilihan kamu sendiri. Jangan sekali-kali. Hidup yang kamu lalui ini adalah milik kamu berdua sekarang. Jangan berpatah balik selagi ia boleh dipertahan....Jika kamu dan dia masih belum bernikah, kamu boleh putuskan hubungan itu. Tapi sekarang, takkan kamu perlu bercerai? Fikirlah masak-masak, jangan terburu-buru dalam berputus. Seburuk-buruknya dia, dia tetap suami kamu. Dan kamu juga tetap isteri dia. Kamu juga tidak sempurna seperti dia.. Cari persefahaman, dan laluilah segalanya. Itu ujian kamu."

Kisah ini bukan kisah yang pertama yang telah saya dengar sepanjang hidup saya. Pokoknya, tiada persefahaman! Saya tidak tahu apa yang saya katakan kepadanya itu benar-benar berkesan atau tidak, sebab saya tiada pengalaman. Tapi hati saya kuat dengan pendirian itu, setelah apa yang saya dengar dan tahu.

Banyak pasangan muda yang mengambil keputusan untuk bercerai lewat ini. Kebanyakan kita banyak mendengar tentang kisah keretakan rumahtangga di kalangan para artis dan selebriti. Kerna itu yang di war-warkan. Cerita tentang orang kebanyakan, ramai yang tidak tahu. Tapi realitinya, mengikut statistik jabatan agama islam, memang ramai anak muda yang mengambil jalan keluar dengan bercerai. Alasannya, sudah tiada persefahaman..

Sesungguhya, perkara yang halal yang paling dibenci oleh Allah adalah talaq...maka ia sangat wajar dielak, selagi upaya. Pada pandangan saya, persefahaman perlu dicari dan dibina sepanjang usia perkahwinan. Sebelum berkahwin, fikirkan adakah kamu sanggup dan boleh memahami pasangan kamu itu...Itu yang penting. Bukan usia perkenalan sebelum kahwin yang menjadi ukuran. Tidak semestinya 7-8 tahun sudah kenal, kamu sudah faham dia sepenuhnya. Usia perkahwinan 1 tahun pun, belum tentu kamu faham dia! Maka ia perlu dicari dan dibina...bukan ditunggu. Cuba kalian fikirkan, andainya atas alasan tiada persefahaman, maka keputusan untuk bercerai cepat diambil, sudah tentukah kamu akan bertemu dengan orang yang benar-benar ada persefahaman selepas itu? Hargailah dengan apa yang kamu sudah ada, melainkan sudah tiada lagi jalan lain. Maka bergegarlah arasy di atas perceraian kamu.

Sekadar menyuarakan pendapat, dari apa yang saya dengar dan tahu dari mereka yang berpengalaman. Sama-sama kita belajar ye.

Lelaki & Dendam...

Lelaki & Dendam 1:

Segalanya kerna cita-cita dia berbeza dengan apa yang bapanya cita-citakan.

Kisah bermula apabila Dato' Borhan mahukan Dr. Aidil mengambil alih syarikat milik keluarga mereka kerna dia satu-satunya waris lelaki. Dato' Borhan bimbang syarikatnya itu akan terlepas ke tangan orang lain...Entah, apa di fikirannya. Tapi Dr. Aidil cintakan dunia kedoktoran. Dia meneruskan perjuangannya itu sendiri, hingga dia berjaya menjadi salah seorang doktor.

Sampai lah satu ketika, Dato' Borhan mahukan dia berkahwin dengan calon pilihan Dato' Borhan, anak sahabat niaganya... untuk meluaskan empayar perniagaannya. Dr. Aidil menerima kerna dia pun tiada lagi calon isteri. Tapi, bapanya menipu akan keadaan dirinya kepada perempuan itu dan keluarganya. Semata-mata mahu merealisasikan hajatnya. Maka mereka telah ditunangkan. Sehingga rahsia akan dirinya diketahui sendiri oleh perempuan yang menjadi tunangannya itu, dia minta putus!
Dr. Aidil kecewa dan berdendam dengan bapanya! Perempuan itu pula, hanya mahukannya sebab dia seorang doktor berjaya. Dia sudah menilai kaca itu.
Dendamnya tiada kesudahan. Sampailah berita bapanya diserang sakit jantung dan koma, dia tidak mahu pulang. Masih sakit hatinya sampai tak mahu maafkan bapanya itu..
Setelah dipujuk oleh orang yang dikasihinya, dia pulang dan menandatangani surat izin menjalani pembedahan bapanya itu. Dia menangis kerna diberi penghormatan itu. Sedang ramai lagi adik-beradik yang boleh diharap lagi. Mengapa dia? Entah bila dendamnya akan berkubur, adakah setelah kejadian ini menimpa bapanya? Apa akan terjadi selepas ini? Dia baru berusia 29 tahun...
Lelaki & Dendam 2:
Dia seorang lelaki miskin. Ditinggalkan oleh ibunya sejak kecil lagi. Tiada belaian manja dari seorang ibu. Bapanya hanya seorang pekerja kebun. Namun, dia seorang pelajar pintar di sekolah rendah dahulu.
Tamat darjah 6, dia berhenti sekolah. Guru besar datang ke rumahnya, menjemput agar dia menyambung persekolahannya. Tapi bapanya enggan mengizinkan. "Adik-adik di rumah perlu dipelihara, bantu abah!" Cita-citanya untuk melanjutkan persekolahan disimpan, cuma itu yang boleh dilakukannya. Dia mula bekerja sejak belasan tahun lagi, membantu menyara keluarga.
Setelah berkahwin, dia tinggal bersama anak isteri di rumah mertua. Menjaga mereka sehingga hayat tiada. Tiba2, rumah peninggalan itu telah dirampas oleh orang yang tidak berhak. Kuasa manusia yang merubah.. Ya, mereka berkuasa! Boleh lakukan apa sahaja. Tapi lupa dengan kuasa Tuhan! Biarlah Tuhan sahaja yang membalasnya.
Sehingga berumur 26 tahun, dia bergaduh dengan bapanya. Kerana tanah! Ibunya meninggalkan sebidang tanah untuk dia berkongsi dengan adik-beradiknya yang lain. Dia yang uruskan, dan bapanya tidak mendapat bahagian. Maka mereka bergaduh. Dia sedih, mahu saja berdendam, sudah la bapanya tak izinkan dia bersekolah dulu... Apa lagi pengorbanan yang perlu dia lakukan? Tapi kudrat apakah dia sebagai anak untuk membalas?
"Abah, kalau abah nak bahagian tanah ni... abah ambil la bahagian saya ni. Biarlah saya takde bahagian. Saya akan bawa anak isteri saya ni duduk mana2." Hanya itu yang mampu dikatakannya. Akhirnya, bapanya sedar. Alhamdulillah...
Sehingga lewat 5o tahun, dia sudah mencipta kejayaan sendiri. Walau tidak sebesar mana, tapi dia bersyukur punya isteri yang memahami dan anak2 yang berjaya. Itulah sokongan dia dalam hidup ini. Tapi, adik-beradiknya yang lain pula menikam dia dari belakang. Kini dia betul2 berdendam! Sebab anak dan isterinya sudah diusik! Orang yang paling dikasihinya. Tiada maaf bagimu wahai adik... kerna kau telah mencalar kewibawaanku sebagai seorang abang. Apa lagi yang abang perlu korbankan?
Entah bila dendamnya ini akan berkubur... dia benar2 kecewa...
Percaya kata janjiMu:
Mungkin hanya ini yang mampu dipegang. Tatkala tiada siapa yang mampu memahami melainkan Dia.
Firman Allah dalam ayat seribu dinar, " Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya.dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap2 sesuatu." (Ath-Thalaaq: 2-3)
Firman Allah dalam Surah Luqman, ayat 14-16, "Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu bapanya: ibunya telah mengandungkannya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyusukannya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepadaKu dan kepada ibu bapamu, hanya kepadaKu lah kembalimu. Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan dengan Aku sesuatu yang tidak ada pengetahuanmu tentang itu, maka janganlah kamu mengikuti keduanya, dan pergaulilah keduanya di dunia dengan baik, dan ikutilah jalan orang yang kembali kepadaKu, kemudian hanya kepadaKu lah kembalimu, maka Kuberitakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan. Luqman berkata: Hai anakku, sesungguhnya jika ada sesuatu perbuatan seberat biji sawi, dan berada dalam batu atau di langit atau di dalam bumi, nescaya Allah akan membalasnya. Sesungguhnya Allah Maha Halus lagi Maha Mengetahui."
Kataku:
Ibu bapa punya hak di dunia. Pergauli mereka, berbuat baik dan berbakti kepada mereka selagi terdaya adalah perintahNya. Walaupun mereka kafir, mereka tetap punya hak untuk dihormati. Namun, cinta kita pada yang Esa tiada tandingannya, biarpun mereka menyuruh kita mempersekutukanNya, maka kita wajib mengingkari. Sebolehnya, kita bawa mereka ke jalan yang benar.
Tiada hidup yang tiada masalah. Namun, tiada masalah melainkan cabaran buat diri kita untuk mencapai syurga Allah. Dia datangkan ujian itu sebab Dia memandang kita, Dia benar-benar mengasihi kita. Maka, alangkah untungnya kita dipandang olehNya. Selayaknya kita diuji kerana dia benar-benar tahu kita mampu menanggungnya. Doalah agar kita tidak diuji dengan apa yang tak mampu untuk kita tanggung. Dia Maha Tahu dan kita sebagai manusia perlu mencari taqwa supaya Dia beri kita jalan keluar akan setiap masalah.
Lelaki 1:
Telah menemui permata yang dicari dan akan melangsungkan perkahwinan tidak berapa lama lagi. Dia mendapat perhatian dari ibunya dan kakak-kakaknya, dan dia amat disayangi oleh mereka. Masih menjadi seorang doktor yang berwibawa dan sedang melanjutkan pelajaran ke peringkat master. Semakin kuat mencari taqwa...
Lelaki 2:
Masih bekerja dalam tempoh 5 tahun lagi. Anak-anaknya sudah berjaya walaupun banyak cabaran menimpa keluarga. Jalan taqwa semakin terbuka luas... sudah merubah corak hidupnya. Dikasihi oleh anak-anaknya dan isteri, bapanya. Menanti saat mewalikan anaknya...
Buat kamu:
Hidup memang payah, namun segalanya indah dengan nur & iman. Maka, pelangi akan mewarnai hidup kita. Hitam atau putihnya sesuatu itu pasti akan kelihatan satu hari nanti. All the best for your long journey called life! =)

Isnin, November 02, 2009

aNuGeraH


Ramai mengatakan kepada saya, “aku menyesal dengan apa yang berlaku! Kalau aku tahu macam ni jadinya… aku tak akan……” Saya juga dulu begitu. Tapi sekarang, pendirianku lain.


Pendapatku, buat apa menyesal? Biarkan apa yang di belakang. Cuma jadikan sebagai ikhtibar dan usaha sekarang untuk ubah menjadi lebih baik. Setiap apa yang hadir dalam hidup kita, ia adalah satu anugerah. Anugerah dari Tuhan yang Maha Kaya. Kita tidak tahu, tapi Dia tahu. Tidak kira manis atau pahitnya pengalaman yang hadir, atau siapa pun yang pernah hadir dalam hidup kita, ia memberikan seribu erti. Syaratnya…kita nilai, kita belajar dan kita sedar.


Tuhan suruh kita berfikir, di mana kita dan untuk apa kita di sini?? Tuhan juga suruh kita usaha untuk bahagia di dunia. Cuma, ramai yang lupa cara mana yang perlu diikut…Tuhan tak pernah suruh untuk mengasingkan diri dari dunia hanya kerana akhirat semata. Tapi Dia perintahkan kita untuk cari harmoni di dunia ini, dengan syarat…kita tak lupa matlamat utama kita iaitu akhirat. Siapa kata Islam mengongkong?


Bila sedih, ingat pada Dia. Bila gembira, ingat pada Dia…InsyaAllah, Dia pasti tunjukkan jalan. Bila jalan yang kita ikut sudah benar, kita teruskan. Kita yakin dengannya. Mencari yakin memang susah. Tapi yakin akan hadir bila kita tahu. Jadi, carilah tahu itu semahunya. Dan paling penting, tahu dan kenal diri sendiri. Kenal diri pun ada kalanya susah. Tapi, Tuhan tak pernah biar kita keseorangan. Dia berikan kita panduan, maka carilah panduan itu dahulu. Sudah jumpa, ikutlah panduan. Tapi bila tersesat, kita kembali dan cari yang benar… Apa panduan itu? Ianya adalah syariat!!


Jangan takut dalam mencari arah. Itu yang paling penting. Kalau takut, sampai bila-bila pun kita tak tahu. Jangan gusar dan selalu mengatakan ‘kalau’, ‘mungkin’ atau memegang sesuatu yang tak pasti. Pasti dan terang itu penting. Kalau kelam, bagaimana mahu tahu arah?
Akhir sekali, selepas tahu dan yakin…maka lakukan sahaja apa yang dimahukan. Layarkan kehidupan ke mana-mana destinasi pilihan. Tapi andainya, Tuhan tak ciptakan ia untuk kita…Dia pasti lebih tahu mengapa. Ada destinasi lain yang Dia rancangkan buat kita…


Hidup memang payah, tapi segalanya indah…Senyum selalu ;)

Ahad, Oktober 25, 2009

Dia berterima kasih, Doakan untuknya...


"Apabila pergi seseorang anak Adam dari muka bumi ini menemui TuhanNya...dia tidak meninggalkan apa-apa yang dipandang olehNya melainkan...Pertamanya, ilmu yang bermanfaat. Keduanya, sedekah jariah. Dan ketiganya, anak yang soleh dan solehah."

Konvokesyen telah berlalu...Maka lengkaplah LLB aku. Begitu juga seorang sahabatku ini. Setelah 2 tahun di pusat matrikulasi, dan 4 tahun di kampus induk, maka dia telah bergelar graduan. Dia mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga buat ibu dan ayahnya, kerana mengajarnya tentang erti hidup ini. Dan kejayaan yang tidak seberapa itu adalah untuk mereka yang cuba memahami anaknya itu. Dia juga memohon maaf kerana kejayaannya tidak cemerlang seperti yang lain, ia begitu tidak sempurna kerana kelemahan dirinya sendiri.

Dirinya sangat nakal semasa kecil, dan sering buat mereka tidak senang dengannya. Terpaksa juga menanggung malu, marah dan sedih kerana dia. Dia pohon ampun dan maaf...

Dulu dia pernah terkhilaf dalam memahami keadaan keluarganya. Terima kasih dia ucapkan, kerana tanpa keadaan-keadaan itu, mungkin dia tiada di sini... Benar, apa yang berlaku ada hikmahnya. Pasti Dia lebih tahu mengapa seseorang itu diberi dugaan.

Terima Kasih buat segalanya...Kisah mereka dihalau dari rumah itu mengajar dia bagaimana mahu mencari rumah lain. Kisah mereka tidur berdindingkan plastik dan berlantaikan tikar atas tanah mengajar dia bagaimana mahu untuk berusaha. Kisah mereka dipinggirkan dari saudara-mara mengajar dia untuk bersabar dan agar memujuk hati agar jangan berdendam. Kisah hancurnya institusi kekeluargaan sebilangan jiran dan saudara mereka mengajar dia bahawa agamalah penyelamat dan benteng kehidupan dari terus hanyut.

Bagi dia, dia perlu cuba belajar untuk ikhlas dan redha di atas segalanya. Walaupun susah, bukankah masih ramai di luar sana yang nasibnya lebih teruk dari dia? Ikhlas itu susah...Pernah dia bertanya kepada ibunya apa itu ikhlas? Bagaimana mahu menerima bila kita tak mahu sesuatu itu terjadi pada kita?


"Ikhlas itu dalam hati...Bukan diungkapkan...Memang susah, tapi kita perlu belajar. Ibu pun susah nak buat. Tapi, bila kita sudah buat yang terbaik dan usaha, kenapa nak bimbang lagi? Kita terima je apa akan terjadi...Tuhan Maha Kaya, Dia tahu hati kita bagaimana. Jangan sesekali mengharap orang ikhlas terhadap kita, tapi kita yang perlu ikhlas dulu dengan orang. Hanya mata hati yang dapat melihatnya sebab ikhlas letaknya dalam hati....", bicara ibunya.

Apa yang diharapkan sekarang, dia akan mendapat ilmu yang bermanfaat dan diberikan peluang lagi untuk terus belajar. Dia akan berusaha untuk mencari rezeki agar dapat memberikan sedekah jariah. Dan dia akan berusaha untuk menjadi anak yang solehah.

Doakan dia agar dia kuat dan tabah dalam menghadapi liku-liku seterusnya. Doakan dia agar dia mendapat apa yang diimpikan untuk sampai ke tujuan hakikinya. Doakan dia bahagia walau apa jua yang terjadi pada dirinya. Doakan dia agar mendapat hati ikhlas dalam hidupnya. Ameen...;)

Khamis, Oktober 22, 2009

Merubah Mentaliti...

Hujan lebat semasa saya dan sahabat mahu ke klinik kampus, tujuannya untuk bertemu dengan adik di sana. Selepas selesai mencari buku di perpustakaan, kami berbincang jalan mana yang perlu dilalui, dengan mengambil kira laluan yang paling dekat, ada 'ramp' dan kurang terkena hujan. Lalu 'wheelchair' sahabatku meluncur dan saya melangkahkan kaki setelah berputus. Sampai di satu 'ramp'.... saya sangat kecewa apabila ia dihalang oleh sebuah kereta. Mengapa dia 'parking' di situ?

Sebenarnya, ini bukan pengalaman pertama kami. Kadang-kadang, apabila dalam keadaan yang genting kami jadi marah apabila melihat sikap dan mentaliti orang yang tidak mahu memahami. Bila tergesa-gesa untuk pergi ke tempat yang penting, kami terpaksa mencari jalan lain yang ada 'ramp' dan tiada orang 'parking' di situ! Bayangkan, mereka punya banyak lagi pilihan untuk 'parking', tapi orang-orang seperti sahabat saya hanya punya pilihan yang itu sahaja...Jika mereka tidak diberikan peluang untuk menikmatinya, apa lagi yang perlu mereka lakukan?

Pengalaman yang lain, ketika mahu menggunakan lif untuk pergi ke kelas. Saya tahu semua orang tergesa-gesa, takut lambat masuk kelas...tapi ramai kan yang mampu menggunakan tangga? Bayangkan, orang-orang seperti sahabat saya, yang terpaksa menggunakan lif untuk ke kelas di tingkat 2,3 atau 4...cuma mampu menggunakan lif, tidak tangga! Tetapi mereka yang mampu menggunakan tangga tidak mengendahkan mereka dan tidak mahu mengalah.

Nah! Bila mahu ubah mentaliti? Sampai bila mahu pentingkan diri sendiri? Kalau kita di tempat mereka? Tolong jangan halang mana-mana 'ramp' lagi... Tolong berikan peluang kepada rakan-rakan seperti sahabat saya jika mereka perlukan lif... Kalau mereka tiada, nak naik lif sampai lif tu sendat dan berbunyi pun tak apa! Fahami mereka dan ubahlah mentaliti kita...Tak kira di mana pun, sama ada kampus atau di luar sana. Tepuk dada, tanyalah ada budi bahasa ke tak ye?

Ahad, Oktober 18, 2009

Viva, Waja, Bas

Balqis: Mak, Z**a sudah punya Viva biru… A**d juga sudah punya Waja Silver… Tapi Qis masih naik bas lagi. Sampai bila mak? Abah, boleh tak kalau Qis nak berhenti belajar, kerja terus? Nanti boleh Qis tolong mak dan abah…

Mak: Qis, bila seseorang tu lahir ke dunia ni… dia tak terus berlari. Dia bermula dengan mengengsot, kemudian merangkak, berjalan…baru boleh berlari… Biarkan mereka. Mereka punya Viva dan Waja sebab ada yang belikan. Tapi Qis… mak dan abah cuma mampu bagi ilmu. Gunakan ilmu tu untuk dapatkan apa yang kamu mahu nanti ye. Kamu mengengsot sendiri, merangkak sendiri, berjalan sendiri…mak akan tengok kamu berlari nanti. Percayalah…

Abah: Qis, jadilah seorang pendaki gunung yang cukup bekalnya… Teruskan dakian kamu, jangan jatuh, bahaya dan boleh mati… Biar perlahan-perlahan, jangan gopoh nak cepat sampai je. Yang penting, kamu usaha untuk sampai ke puncak, kamu pasti akan sampai nanti.

Mak: Ingat kisah perlumbaan kura-kura dan kancil?

Balqis: Ingat…

Mak: Biarpun kura-kura yang lambat, tapi dia sampai dulu kan? Yang penting, dia tak leka dan kuat semangat.

Jumaat, Oktober 09, 2009

Kisah Balqis: Soal Hati??

Balqis, lembut hatinya...mudah tersentuh. Dia merasakan hatinya kosong! Jiwanya kacau! Mengapa? Kata dia, hati perlu diisi...semua orang begitu. Tiada siapa yang terkecuali. Bohong kalau ada yang mengatakan jiwa dan hati seseorang itu sudah sempurna tanpa apa-apa pengisian.. Bicara Balqis, "Apa yang perlu aku isi dengan hatiku? Aku mulai lalai, aku mulai terpengaruh dengan bisikan-bisikan dan arus kemodenan. Yang cuma ditopengkan dengan nafsu. Masa lapangku sudah mulai diisi dengan perkara sia-sia. Ya, memang benar masa lapang seorang pemuda dan pemudi itu boleh membunuh!
Balqis mahu berpatah balik, mahu buangkan jiwa kacaunya. "Bila hati perlu diisi, cuma ada dua pilihan. Sama ada yang baik atau yang buruk. Barangkali jiwa kacau kamu sudah diisi dengan sesuatu yang buruk. Kajilah apa dia.." kata Seha.
"Ya, barangkali..." getus Balqis. "Aku punya masa lapang dan aku lupa dengan yang perlu dan yang tidak perlu. Kenapa aku berubah? Rapuhnya hati ini...."

Jumaat, Oktober 02, 2009

PROUD OF U...

You are such a person that have determination of life...
You walk with pain...and you had gain something...
You motivate me, that life is still beautiful...
Tears must be wipe, legs have to walk and run...
Love is to be shared, heart is to be cared...
Thank you for always be with me...
Sorry for my weaknesses...

kak Miza & Syarifah!!! This is for you. I'm proud of you! Congratulation for our becoming convocation...This is our wasilah to Him, insyaAllah!

Rabu, September 30, 2009

Kelas Dato' Hashim Yahya - Konsep Tawakal Yang Sebenar


" Barangsiapa yang bertawakal, maka dia tidak akan lapar seperti burung..."


Kenapa dengan burung? Apa ia buat? Hidupnya bukan duduk di sangkar sahaja, maka dia telah kenyang. Tapi, ia terbang pagi-pagi mencari makanan dan pulang dengan perut yang kenyang pada waktu petang.

Apa kaitan dengan tawakal ye? Tawakal bermaksud berserah kepada Allah hanya selepas berusaha...Duduk diam diri, berdoa dan hanya beribadat tanpa berusaha dan mengharap sesuatu datang bergolek bukanlah tawakal. Seperti burung, ia terbang berusaha mencari rezeki pada setiap hari dan berserah kepada Penciptanya.


D.U.I.T : dOA+USAhA+IKHtIaR+tAWaKAL

Ahad, September 06, 2009

Mencipta Peribadi Unggul


Perangainya halus, hatinya suci, sikapnya jujur, perkataannya teratur dan budinya mulia.
Maka dapatlah disimpulkan bahawa dia seorang budiman..

Dia cerdas, akalnya tajam, buah fikirannya baik, dan dia pun cepat mengambil kesimpulan, terang otaknya, luas pandangannya dan jauh tilikannya.
Maka kita katakan bahawa dia cerdas..

Dia suka bergaul, suka menolong, tidak mengasingkan diri dari masyarakat, tidak memikirkan kepentingan dirinya sahaja atau keluarganya sahaja, tidak gila pangkat, mengerti akan kedudukan orang lain dan merasa dirinya turut dalam kedudukan itu. Hormat kepada yang tua, kasih kepada yang muda, pandai bergaul, pandai berkawan.
Maka kita berilah dia gelaran orang masyarakat..

Badannya sihat, mukanya berseri-seri kerana kesihatan tubuh dan kesihatan jiwanya. Pakaiannya pun bersih kerana kebersihan hatinya. Dia gemar berolahraga untuk kesihatan dia suka muzik untuk kesihatan batin.
Kita namakannya dia orang sihat..

Fahamannya luas, penyelidikannya dalam, bacaannya banyak. Sebab itu banyaklah yang diketahuinya, sehingga dia tidak merasa canggung dalam pergaulan dengan sesuatu lapisan. Oleh kerana ada pengetahuannya dalam sesuatu hal, maka dia berani bertanggungjawab.
Maka kita namai dia orang cerdik pandai..
~Prof.Dr.Hamka~

Ciptalah satu peribadi unggul pada diri...

Sila baca buku 'Peribadi' oleh Prof. Dr. Hamka yang boleh didapati di Perpustakaan Negara atau lain-lain tempat jika ada. Juga buku 'Jadi Seperti Muhammad' oleh Aagym yang boleh didapati di kedai-kedai buku berhampiran dan perpustakaan mini Siti Baizura Khairuddin ;)


Jadikan budaya membaca sebagai satu amalan!!

Biar Sederhana...


Alhamdulilllah, puas hati rasanya apabila dapat menunaikan permintaan dan keinginan adik-adikku semalam..Shopping raya di bandaraya Kuala Lumpur (Jalan Tengku Abdul Rahman @ TAR, Masjid Jamek dan sekitarnya). Ingin mencari baju raya katanya...sementara ada cuti selama 3 hari ini, apalah salahnya aku meluangkan masa sehari bersama mereka walaupun sebenarnya aku malas nak bersesak-sesak di sana. Fikiranku, aku juga punya tugasan mewakili rakan-rakan sekelasku untuk mencari sedikit hadiah hari raya buat ustaz-ustaz yang mengajar kami. Akhirnya, dapatlah kami membeli sehelai baju raya seorang, kad raya untuk diberikan kepada kenalan, kuih raya buat ustaz-ustaz dan beberapa barangan lain...ringkasnya tidaklah berlebihan. Hanya sekadarnya, mudah-mudahan...Kami pulang ke kampus menjelang waktu asar dan berbuka puasa bersama-sama. Alhamdulillah 'ala kulli hal...Walaupun penat, tapi aku berpuas hati.


Pesanan buat adik-adikku dan sahabat-sahabat...

Bersederhanalah dalam berbelanja, ingatlah semasa zaman tiada dulu, ingin membeli sehelai baju raya pun susah, ingin memberi pun tiada, simpanlah sedikit andai akan datang nanti ada masa memerlukan...tak salah berbelanja untuk kegembiraan kita tapi berpada-padalah jangan sampai membazir.

Jangan dilupakan orang yang sedang ketiadaan, mereka juga seperti kita dulu, rezeki yang ada untuk dikongsi bersama, berilah jika ada rezeki yang lebih, jangan tamak, insyaAllah rezeki kita akan bertambah...Zakat fitrah perlu dilaksanakan, sedekah digalakkan.

Utamakan mana yang perlu, kemudiankan mana yang tidak. Bila melakukan perkara yang harus, jangan dilupakan perkara yang wajib.Kita tak sempurna, sama-samalah kita memperingati dalam beramal...Shopping, shopping juga, solat jangan diabaikan...


Wallahu a'lam...Demi Allah yang Maha Mengetahui...

Jumaat, September 04, 2009

Budi Bahasa Budaya Kita???


Kerja-kerja research telah dijalankan pagi tadi sebelum library tutup di waktu solat jumaat. Cari kes dan photastate sendiri. Sistem sudah bertukar, tiada lagi juru photostate...yang ada cuma mesin-mesin photostate yang mana student dan researcher perlu layan diri. Kali ini, beban kami bertambah mungkin...perlu belajar teknik-teknik photostate campur dengan kos yang agak lebih mahal berbanding dulu. Kalau dulu, boleh dapat diskaun kalau lebih daripada 10 mukasurat. Tapi sekarang, sehelai tetap 10 sen!! Jadi, ramai yang berfikir bagaimanakah nak kecilkan tulisan dan kurangkan jumlah mukasurat....dapat berjimat sedikit, setakat untuk rujukan sendiri. Nampaknya, semakin rabunlah mata dan teballah cermin mata kami kalau mata tak dijaga dengan baik lagi. Hai...teknologi...terpaksalah bersabar denganmu...



Selain gelagat teknologi, gelagat manusia lagilah perlu bersabar dengannya. 10 kali sabar...barangkali...tak faham kenapa penjaga kaunter pertanyaan tak mahu berbudi bahasa. Tugasnya untuk membantu dan menjawab pertanyaan. Bukan menyalahkan kita dan hanya duduk melayan internet...kalau kita yang salah pun, cakap elok-elok tak boleh ke?



Bila balik bilik, roommate pula bercerita bahawa dia dan sahabat telah dimarahi oleh...sekali lagi penjaga kaunter pertanyaan sebuah pejabat, "mana ada kat sini! pergi cari tempat lain, kat pejabat itu!!" Persoalannya di sini...sekali lagi, cakap elok-elok tak boleh ke? mana ada manusia yang tahu semuanya...mana ada manusia yang tersilap...kalau macam itu, tak perlulah penjaga kaunter pertanyaan. Semua buat sendiri, cari sendiri...



Apa pun, timbal balik diri kita sendiri. Jangan pula begitu bila jaga kaunter pertanyaan nanti. Mereka-mereka itu, biarlah...kita jangan marah dia balik, nanti kita yang tak tenang. Itu kekurangan mereka, harapnya jangan berulang lagilah. BUDI BAHASA BUDAYA KITA kan?



*BUDI BAHASA BUDAYA KITA*

Ibu Bapa Dan Kaum Keluarga,

Saudara Terdekat Jiran Tetangga,

Sayang Menyayangi Bertegur Sapa,

Ketulusan Ikatan Sepanjang Usia


Para Guru Rakan Sekolah,

Turut Warnai Kehidupan Kita,

Ilmu Ditimba Pengalaman Bertambah,

Pergaulan Sihat Peribadi Ceria


Bangsa Malaysia Berhemah Tinggi,

Ramah Dan Mesra Elok Pekerti,

Yang Tiada Dibantu, Yang Lemah Dilindungi,

Bertimbang Rasa Hormat Menghormati



Kita Berkhidmat Jujur Dan Ikhlas,

Mencurah Bakti Tak Minta Dibalas,

Harapan Rakyat Satu Amanah,

Budi Bahasa Budaya Kita

Ahad, Ogos 30, 2009

Agar Hidup Tenang Sentiasa


Pagi ini, ramai adik2 di rumah...yang kecil2, masih tidur lepas sahur tadi."Ramainya adik-beradik kita, 7 orang semuanya!! Rasa meriah pulak..heheh."Aku bersuara semasa sahur tadi, tengok keletah Nurin yang ngantuk sambil makan nasi. Teringat zaman kanak2 aku dulu. Liat sungguh nak bangun..Nurin lagi baik, ngantuk2 pun bangun juga...Sebenarnya, aku hanya punya 4 orang beradik. Ramai budak2 di rumah aku sebab mereka adalah anak2 jagaan mak aku masa mak ayah mereka bekerja, semasa zaman bayi mereka dan umur belum bersekolah. Kini, Nurin, Ain dan Nini dah bersekolah...Mak dah tak jaga mereka tapi mereka masih datang ke rumah sebab adik2 mereka yang masih kecil masih dijaga olah mak...Danish, Nabil dan Fariz.Kebetulan, sekarang cuti sekolah.Adikku G-ha selalu bosan keseorangan tiada kawan sebab kakak2 tak ada kerana tuntutan kehidupan...Jadi, merekalah jadi teman G-ha sebagai adik2..Bila balik rumah semalam, tengok2 mereka sudah ada di rumah dan menyambut aku...siap salam dan cium lagi...merekalah adik2 angkatku dan mak babah dah anggap macam anak sendiri...kalau marah pun, macam marah aku dan adik2...Huhu.

Bila balik kampung,macam2 cerita yang telah aku dengar dari mak dan babah...satu kisah, tentang mak ayah yang pilih kasih terhadap keluarga anak dan menantunya.Aku terfikir, kenapa begitu??Salah merekakah kerana hidup dalam kekurangan, dan tidak berada seperti anak menantunya yang lain?Kenapa mereka perlu disisihkan dan disindir2?Sekurang2nya, jika tak dapat membantu...cukuplah dengan sokongan moral dan nasihat yang diberikan.Bukannya si anak dan menantu tak bekerja...tak memberi wang kepada mereka...tapi tak sebanyak mana agaknya seperti anak menantu yang lain, dapat memberi itu dan ini...mungkin...Inilah dunia, harta segalanya...Kita begitukah nanti?Kita perlu belajar tentangnya.Anak2 perlu berusaha agar dapat membahagiakan ibu bapa. Ibu bapa perlu doakan anak2 agar mereka bahagia dan dapat membahagiakan mereka...

Sempat aku membaca Majalah Remaja adikku pagi ini...tajuk AGAR HIDUP TENANG SENTIASA menarik perhatianku. Di muka surat 149, ada info yang mengatakan bagaimanakah hidup kamu dikategorikan bahagia atau tidak tenang....mari kita kongsi bersama dan tilik diri kita....

Hidup Kamu Dikategorikan Bahagia Jika:
1-kamu anggap masalah satu ujian untuk membuat kamu bertambah kuat, bukannya satu musibah yang menjatuhkan maruah kamu.
2-Ada di antara teman yang menyakitkan hati kamu namun kamu sedikit pun tak memarahinya dan anggap itu adalah kekurangan dirinya.
3-Apa jua kerja yang diberikan pada kamu semuanya kamu lakukan dengan ikhlas tanpa sebarang rungutan.
4-Biarpun kamu punya masalah kewangan, namun itu tidak menghalang untuk kamu membantu orang yang lebih susah dari kamu.
5-kamu berkawan dengan semua orang tanpa mengira siapapun dia dan apapun latar belakangnya.

Hidup Kamu Dikategorikan Tidak Tenang Jika:
1-Begitu cepat marah dan melenting walaupun hanya kerana perkara kecil.
2-Tidak pernah mengaku kesilapan sendiri dan sentiasa beri alasan apabila membuat silap.
3-Sentiasa cari peluang untuk kenakan orang lain dan tidak pernah rasa bersalah kerana bagi kamu, yang penting kamu selamat.
4-Setiap kerja yang diberikan pada kamu tidak pernah mampu dilaksanakan dengan baik dan kebanyakkannya berakhir dengan kegagalan.
5-Rumah dan meja kerja kamu tidak pernah tersusun.

Moga kita tenang sentiasa ya !!!

Jumaat, Julai 31, 2009

Pagi Jumaat yang Indah...

Hari ini hari jumaat, tiada kelas yang perlu dihadiri...alangkah seronoknya kalau dapat tidur satu hari. Tapi, apa yang saya akan dapat?? Kerja2 RA masih banyak yang perlu diselesaikan...takut plak kene marah dengan Dr Farid...bila orang dah percaya dengan kita, perlukah kita hilangkan kepercayaan tu? sebenarnya, amat susah untuk mendisiplinkan diri, selalu juga terlambat submit kerja2 ni. Tapi, inilah yang saya mampu lakukan buat masa sekarang. Mungkin saya akan belajar perbaikinya selepas ini. Apa yang penting, berani buat...berani tanggung. Kita ingin dihargai atau diherdik?

Teringat dengan satu kata2 seorang ahli falsafah...tak ingat pula siapa namanya....satu penghargaan buat diri kita sendiri ialah apabila diri melihat apa yang mampu untuk dilakukan & orang lain melihat apa yang telah kita lakukan....maksudnya, kita cuma perlu buat apa yang telah dipertanggungjawabkan oleh orang lain yang mana kita mampu untuk lakukannya, dan biarlah orang lain yang menilai kerja2 kita tu nanti. Tak perlu penghargaan daripada orang lain, jika kita dapat menghargai diri kita sendiri dengan cara ini. Dihargai atau diherdik oleh orang lain, itu adalah hak mereka. Apa yang penting, kita cuba buat yang terbaik. Susah, tapi sekurang-kurangnya kita rasa puas! Syukur, belum pernah kene marah lagi dengan Dr. Farid...Dia banyak membantu dan memberikan tunjuk ajar. Saya memang seorang pelajar dan pekerja yang kurang bijak.

Pagi ini juga, teringat dengan mak & babah di kampung...Mereka mahukan saya pulang ke rumah sebab rindukan saya. Seronoknya ada orang rindukan saya...;) Tapi, saya tidak boleh pulang kerana ada urusan yang perlu diselesaikan esok. Due date buku yang dipinjam di perpustakaan negara berakhir esok dan perlu dipulangkan atau diperbaharui...Juga adikku Yayang minta aku temankan ke HKL...Doktor KLMU mengarahkannya supaya membuat medical check up sebab mengalami sakit kepala yang berpanjangan. Risau sebab kes H1N1 semakin meningkat sekarang. Jadi, esok adalah hari 'dating' aku dengan Yayang sebab kami sama-sama ada di KL...mak & babah tak perlu datang ke sini. Semoga kami selamat daripada bahaya ini...Amin.

Sabtu, Julai 25, 2009

How to live the Life??




HiDuP MemAnG PaYaH…

Layarkan kehidupan ke destinasi pilihan
Nikmatilah keindahan yang tak dijanjikan
Hayatilah keperitan
Baru bisa mengertikan kemanisan, kebesaran, rahsia kebenaran
Yang tinggal kita mencari
Hidup tandanya misteri
Kita tafsirkan, sukar diertikan

Hidup ini memang payah
Kadang gelap, kadang cerah
Hati ini jika resah
Siksa jiwa takkan sudah
Hidup ini memang payah
Kuterima kuberserah
Hati ini bila pasrah
Yang susah bisa mudah
Bersama yang susah, adanya yang mudah
Bersama yang susah…mudah

Arus deras kehidupan
Dikejar dan ditinggalkan
Terima yang ditakdirkan
Tulus kesyukuran
Dalam jiwa peperangan
Duka resah sendirian
Kita dalam pengorbanan
Pinta keampunan

Yang tinggal kita mencari
Hidupnya tanda misteri
Kita tafsirkan, sukar diertikan

Hidup ini memang payah
Kadang gelap, kadang cerah
Hati ini jika resah
Siksa jiwa takkan sudah
Hidup ini memang payah
Kuterima kuberserah
Hati ini bila pasrah
Yang susah bisa mudah
Bersama yang susah, adanya yang mudah
Bersama yang susah…mudah

Layarkan kehidupan ke destinasi pilihan
Nikmatilah keindahan yang tak dijanjikan…


Ini adalah lagu Hidup Memang Payah dari album terbaru Yasin Sulaiman, ex-Brothers...Arus Qudus.Nyatanya kalau kita hayati lagu ni betul2,kita akan tahu apa erti hidup sebenarnya...Saya sangat tersentuh dengannya...sebagai manusia biasa,kadang2 kita mengeluh dan terlupa akan erti syukur.Sedangkan pada hakikatnya, hidup ini merupakan satu anugerah..walau kadang cerah,kadang gelap...ia tetap akan silih berganti...selagi kita tak mati lagi..Jadi,be positive...kenali diri,tahu tujuan hidup & berusaha ke arahnya sampai kita temuinya...insyaAllah,kita akan gembira dan puas hati dengan jalan hidup yang kita pilih...dan nikmatilah apa adanya...