Sabtu, Februari 13, 2010

GOGOK???

"Malam ni babah nak ajak sume tgk gogok..." Babah bersuara pada satu petang. Saya baru pulang ke kampung.

"Amende tu? Pelik je. Kat mane?" Saya bertanya.

"Adalah... Rahsia. Malam ni baru tau." Jawab babah.

"Ala, bgtau la. Yang, adek... amende tu?" Saya semakin tertanya2, menggesa adik2.

"Adalah.... hehe. Ko mesti rase best nanti. Di kawasan purba... yang sgt asing..." Adikku berbicara, tertawa.

'Korg jgn la main2... " Saya semakin geram, rasa ingin tahu semakin memuncak. Lalu saya membiarkan sahaja hingga malam tiba....

******
Jam 12.12 malam

"Jom... kte keluar. Nak tgk tak?" Babah mengajak kami sekeluarga. Mata saya sudah mengantuk sebenarnya pada waktu itu. Tapi kerana rasa ingin tahu, saya bersiap juga.

Babah memandu kereta ke Pulau Carey, Telok Panglima Garang. Kawasan yang gelap, sunyi.. Saya tertanya2... ke manalah babah nak bawa kami... Seperti biasa, sayalah yang paling kecoh. Al-maklumlah, tak sabar nak tahu...

Kemudian, kami tiba di tempat yang dituju. Ramai orang di situ. Seperti ada majlis.

"Ni la tempatnya... kawasan purba, perkampungan orang asli... Majlis kawin orang asli!!!" Babah ketawa.

"La... apasal diorang wat majlis malam2 buta ni??? mana pengantinnya??? Saya kehairanan.

"Kawinnya da abis. Skrg ni pesta diorang...." jelas babah.

Pada waktu itu, ramai yang pandang2... jeling2 kat kami. Manakan tidak, kami semua perempuan bertudung bersama babah. Mak siap berjubah lagi. Mereka2 itu pula, ber'skirt' pendek... macam2 gaya ala2 orang masuk disco/pub/dangdut kot...

Astagfrullahalazim... di malam2 buta tu lah mereka berpesta rupanya. Itulah namanya pesta GOGOK!!! Dengan mabuk2 lagi... Lepas tu, tak tahulah sampai pukul berapa dan apa yang jadi. Dengan lelaki perempuan bercampur2... menari dan joget bersama2... 10 minit kemudian, kami pun pulang. Puas la dpt tahu apakah itu gogok... tak boleh blah lama2 di sana...

*****
Saya tidak menyangka di kawasan yang berdekatan dengan kampung halaman saya ada pesta seperti itu. Kiranya, boleh disamakan dengan pesta moden di Kuala Lumpur... contohnya boleh tgk orang 'tuang' / mabuk arak terhuyung-hayang di Bukit Bintang!

Pada fikiran saya, dakwah perlu sampai kepada mereka. Usaha pelajar2 UIAM melakukan aktiviti2 dakwah dan kemasyarakatan di perkampungan orang asli perlu dicontohi. CENSERVE dan TITIAN ASLI giat menjalankan khidmat komuniti di perkampungan2 orang asli sekitar Gombak ini. Di Pulau Carey, mungkin ABIM atau persatuan2 yang lain boleh usahakan... Masyarakat perlu celik, tidak buta melihat gejala sosial terus berleluasa...