
Alhamdulilllah, puas hati rasanya apabila dapat menunaikan permintaan dan keinginan adik-adikku semalam..Shopping raya di bandaraya Kuala Lumpur (Jalan Tengku Abdul Rahman @ TAR, Masjid Jamek dan sekitarnya). Ingin mencari baju raya katanya...sementara ada cuti selama 3 hari ini, apalah salahnya aku meluangkan masa sehari bersama mereka walaupun sebenarnya aku malas nak bersesak-sesak di sana. Fikiranku, aku juga punya tugasan mewakili rakan-rakan sekelasku untuk mencari sedikit hadiah hari raya buat ustaz-ustaz yang mengajar kami. Akhirnya, dapatlah kami membeli sehelai baju raya seorang, kad raya untuk diberikan kepada kenalan, kuih raya buat ustaz-ustaz dan beberapa barangan lain...ringkasnya tidaklah berlebihan. Hanya sekadarnya, mudah-mudahan...Kami pulang ke kampus menjelang waktu asar dan berbuka puasa bersama-sama. Alhamdulillah 'ala kulli hal...Walaupun penat, tapi aku berpuas hati.
Pesanan buat adik-adikku dan sahabat-sahabat...
Bersederhanalah dalam berbelanja, ingatlah semasa zaman tiada dulu, ingin membeli sehelai baju raya pun susah, ingin memberi pun tiada, simpanlah sedikit andai akan datang nanti ada masa memerlukan...tak salah berbelanja untuk kegembiraan kita tapi berpada-padalah jangan sampai membazir.
Jangan dilupakan orang yang sedang ketiadaan, mereka juga seperti kita dulu, rezeki yang ada untuk dikongsi bersama, berilah jika ada rezeki yang lebih, jangan tamak, insyaAllah rezeki kita akan bertambah...Zakat fitrah perlu dilaksanakan, sedekah digalakkan.
Utamakan mana yang perlu, kemudiankan mana yang tidak. Bila melakukan perkara yang harus, jangan dilupakan perkara yang wajib.Kita tak sempurna, sama-samalah kita memperingati dalam beramal...Shopping, shopping juga, solat jangan diabaikan...
Wallahu a'lam...Demi Allah yang Maha Mengetahui...