Ahad, September 06, 2009

Mencipta Peribadi Unggul


Perangainya halus, hatinya suci, sikapnya jujur, perkataannya teratur dan budinya mulia.
Maka dapatlah disimpulkan bahawa dia seorang budiman..

Dia cerdas, akalnya tajam, buah fikirannya baik, dan dia pun cepat mengambil kesimpulan, terang otaknya, luas pandangannya dan jauh tilikannya.
Maka kita katakan bahawa dia cerdas..

Dia suka bergaul, suka menolong, tidak mengasingkan diri dari masyarakat, tidak memikirkan kepentingan dirinya sahaja atau keluarganya sahaja, tidak gila pangkat, mengerti akan kedudukan orang lain dan merasa dirinya turut dalam kedudukan itu. Hormat kepada yang tua, kasih kepada yang muda, pandai bergaul, pandai berkawan.
Maka kita berilah dia gelaran orang masyarakat..

Badannya sihat, mukanya berseri-seri kerana kesihatan tubuh dan kesihatan jiwanya. Pakaiannya pun bersih kerana kebersihan hatinya. Dia gemar berolahraga untuk kesihatan dia suka muzik untuk kesihatan batin.
Kita namakannya dia orang sihat..

Fahamannya luas, penyelidikannya dalam, bacaannya banyak. Sebab itu banyaklah yang diketahuinya, sehingga dia tidak merasa canggung dalam pergaulan dengan sesuatu lapisan. Oleh kerana ada pengetahuannya dalam sesuatu hal, maka dia berani bertanggungjawab.
Maka kita namai dia orang cerdik pandai..
~Prof.Dr.Hamka~

Ciptalah satu peribadi unggul pada diri...

Sila baca buku 'Peribadi' oleh Prof. Dr. Hamka yang boleh didapati di Perpustakaan Negara atau lain-lain tempat jika ada. Juga buku 'Jadi Seperti Muhammad' oleh Aagym yang boleh didapati di kedai-kedai buku berhampiran dan perpustakaan mini Siti Baizura Khairuddin ;)


Jadikan budaya membaca sebagai satu amalan!!

1 ulasan:

  1. Peribadi unggul???ramai yang tak tahu...termasuklah diri ini.

    BalasPadam