
Kerja-kerja research telah dijalankan pagi tadi sebelum library tutup di waktu solat jumaat. Cari kes dan photastate sendiri. Sistem sudah bertukar, tiada lagi juru photostate...yang ada cuma mesin-mesin photostate yang mana student dan researcher perlu layan diri. Kali ini, beban kami bertambah mungkin...perlu belajar teknik-teknik photostate campur dengan kos yang agak lebih mahal berbanding dulu. Kalau dulu, boleh dapat diskaun kalau lebih daripada 10 mukasurat. Tapi sekarang, sehelai tetap 10 sen!! Jadi, ramai yang berfikir bagaimanakah nak kecilkan tulisan dan kurangkan jumlah mukasurat....dapat berjimat sedikit, setakat untuk rujukan sendiri. Nampaknya, semakin rabunlah mata dan teballah cermin mata kami kalau mata tak dijaga dengan baik lagi. Hai...teknologi...terpaksalah bersabar denganmu...
Selain gelagat teknologi, gelagat manusia lagilah perlu bersabar dengannya. 10 kali sabar...barangkali...tak faham kenapa penjaga kaunter pertanyaan tak mahu berbudi bahasa. Tugasnya untuk membantu dan menjawab pertanyaan. Bukan menyalahkan kita dan hanya duduk melayan internet...kalau kita yang salah pun, cakap elok-elok tak boleh ke?
Bila balik bilik, roommate pula bercerita bahawa dia dan sahabat telah dimarahi oleh...sekali lagi penjaga kaunter pertanyaan sebuah pejabat, "mana ada kat sini! pergi cari tempat lain, kat pejabat itu!!" Persoalannya di sini...sekali lagi, cakap elok-elok tak boleh ke? mana ada manusia yang tahu semuanya...mana ada manusia yang tersilap...kalau macam itu, tak perlulah penjaga kaunter pertanyaan. Semua buat sendiri, cari sendiri...
Apa pun, timbal balik diri kita sendiri. Jangan pula begitu bila jaga kaunter pertanyaan nanti. Mereka-mereka itu, biarlah...kita jangan marah dia balik, nanti kita yang tak tenang. Itu kekurangan mereka, harapnya jangan berulang lagilah. BUDI BAHASA BUDAYA KITA kan?
*BUDI BAHASA BUDAYA KITA*
Ibu Bapa Dan Kaum Keluarga,
Saudara Terdekat Jiran Tetangga,
Sayang Menyayangi Bertegur Sapa,
Ketulusan Ikatan Sepanjang Usia
Para Guru Rakan Sekolah,
Turut Warnai Kehidupan Kita,
Ilmu Ditimba Pengalaman Bertambah,
Pergaulan Sihat Peribadi Ceria
Bangsa Malaysia Berhemah Tinggi,
Ramah Dan Mesra Elok Pekerti,
Yang Tiada Dibantu, Yang Lemah Dilindungi,
Bertimbang Rasa Hormat Menghormati
Kita Berkhidmat Jujur Dan Ikhlas,
Mencurah Bakti Tak Minta Dibalas,
Harapan Rakyat Satu Amanah,
Budi Bahasa Budaya Kita
salam bai>>>sian korang...
BalasPadambersabar la ek...
itu lah manusia..
kdg2 tak fikir adab mereka tak fikir pnjg ...hanya tahu fikir emosi tp tak fikir pndgn dan kesannya pd orang2 yg berhadapan dgn mreka itu..
sabar...
mngkin ini ujian utk kte semua dlm sem ni..
sy sntiasa doakn korng dr jauh:)
Nampaknya selogan bahasa budaya kita masih tidak dipraktikkan lagi...Agaknya mereka bekerja hanya kerana duit bukan ingin menunaikan tanggugjawab pada yang hak.
BalasPadamya btl...kte2 ni kne sedar,kerja kte sume kt dunia ni adalah ibadah.jd kne la buat dgn penuh tggjwb..jgn nk fikir duit je,sure x bahagia!!
BalasPadamtq syarifah...teringin nk buke pose same dgn u la. ble blek pahang?
BalasPadam