Isnin, November 23, 2009

Jodoh & Rumahtangga

Sekadar berkongsi....dari apa yang saya dengar dan tahu. Sedang saya tiada pengalaman. Namun, dari apa yang saya peroleh dalam kuliah, telahan buku-buku, cerita orang-orang tua dan dai'e, moga kita boleh sama-sama mengambil iktibar...mudah-mudahan...

Seorang sahabat yang masih dalam pengajian menasihati kami, jika mahu berumahtangga, fikirlah habis-habis. Sama ada sudah bersedia atau belum? Sebabnya, kerja nikah kahwin ini satu tanggungjawab, selain dari cinta...Dia mengatakan kepada kami, dia agak menyesal sebab sudah berumahtangga pada saat ini.

Saya bertanya mengapa...sedang mereka baru sahaja 6 bulan mendirikan rumahtangga. Kenapa menyesal? Bukankah mereka telah berkenalan dan bercinta sebelum itu, 7-8 tahun lamanya...Di mana keindahan sewaktu bercinta dahulu, hingga tertunggu-tunggu saat diijab kabulkan. Aduh, semakin takut saya mendengarnya. Bukan satu dua kisah keretakan rumah tangga zaman millenium ini. Kadang-kadang, cuma sebab masalah kecil-kecil sahaja pasangan suami isteri boleh bercerai! Lain kisahnya dengan kisah rumahtangga orang-orang tua kita, kasih sayang dan cinta mereka kekal sampai akhir hayat.

Saya cuma bilang padanya, "Jangan menyesal dengan pilihan kamu sendiri. Jangan sekali-kali. Hidup yang kamu lalui ini adalah milik kamu berdua sekarang. Jangan berpatah balik selagi ia boleh dipertahan....Jika kamu dan dia masih belum bernikah, kamu boleh putuskan hubungan itu. Tapi sekarang, takkan kamu perlu bercerai? Fikirlah masak-masak, jangan terburu-buru dalam berputus. Seburuk-buruknya dia, dia tetap suami kamu. Dan kamu juga tetap isteri dia. Kamu juga tidak sempurna seperti dia.. Cari persefahaman, dan laluilah segalanya. Itu ujian kamu."

Kisah ini bukan kisah yang pertama yang telah saya dengar sepanjang hidup saya. Pokoknya, tiada persefahaman! Saya tidak tahu apa yang saya katakan kepadanya itu benar-benar berkesan atau tidak, sebab saya tiada pengalaman. Tapi hati saya kuat dengan pendirian itu, setelah apa yang saya dengar dan tahu.

Banyak pasangan muda yang mengambil keputusan untuk bercerai lewat ini. Kebanyakan kita banyak mendengar tentang kisah keretakan rumahtangga di kalangan para artis dan selebriti. Kerna itu yang di war-warkan. Cerita tentang orang kebanyakan, ramai yang tidak tahu. Tapi realitinya, mengikut statistik jabatan agama islam, memang ramai anak muda yang mengambil jalan keluar dengan bercerai. Alasannya, sudah tiada persefahaman..

Sesungguhya, perkara yang halal yang paling dibenci oleh Allah adalah talaq...maka ia sangat wajar dielak, selagi upaya. Pada pandangan saya, persefahaman perlu dicari dan dibina sepanjang usia perkahwinan. Sebelum berkahwin, fikirkan adakah kamu sanggup dan boleh memahami pasangan kamu itu...Itu yang penting. Bukan usia perkenalan sebelum kahwin yang menjadi ukuran. Tidak semestinya 7-8 tahun sudah kenal, kamu sudah faham dia sepenuhnya. Usia perkahwinan 1 tahun pun, belum tentu kamu faham dia! Maka ia perlu dicari dan dibina...bukan ditunggu. Cuba kalian fikirkan, andainya atas alasan tiada persefahaman, maka keputusan untuk bercerai cepat diambil, sudah tentukah kamu akan bertemu dengan orang yang benar-benar ada persefahaman selepas itu? Hargailah dengan apa yang kamu sudah ada, melainkan sudah tiada lagi jalan lain. Maka bergegarlah arasy di atas perceraian kamu.

Sekadar menyuarakan pendapat, dari apa yang saya dengar dan tahu dari mereka yang berpengalaman. Sama-sama kita belajar ye.

Lelaki & Dendam...

Lelaki & Dendam 1:

Segalanya kerna cita-cita dia berbeza dengan apa yang bapanya cita-citakan.

Kisah bermula apabila Dato' Borhan mahukan Dr. Aidil mengambil alih syarikat milik keluarga mereka kerna dia satu-satunya waris lelaki. Dato' Borhan bimbang syarikatnya itu akan terlepas ke tangan orang lain...Entah, apa di fikirannya. Tapi Dr. Aidil cintakan dunia kedoktoran. Dia meneruskan perjuangannya itu sendiri, hingga dia berjaya menjadi salah seorang doktor.

Sampai lah satu ketika, Dato' Borhan mahukan dia berkahwin dengan calon pilihan Dato' Borhan, anak sahabat niaganya... untuk meluaskan empayar perniagaannya. Dr. Aidil menerima kerna dia pun tiada lagi calon isteri. Tapi, bapanya menipu akan keadaan dirinya kepada perempuan itu dan keluarganya. Semata-mata mahu merealisasikan hajatnya. Maka mereka telah ditunangkan. Sehingga rahsia akan dirinya diketahui sendiri oleh perempuan yang menjadi tunangannya itu, dia minta putus!
Dr. Aidil kecewa dan berdendam dengan bapanya! Perempuan itu pula, hanya mahukannya sebab dia seorang doktor berjaya. Dia sudah menilai kaca itu.
Dendamnya tiada kesudahan. Sampailah berita bapanya diserang sakit jantung dan koma, dia tidak mahu pulang. Masih sakit hatinya sampai tak mahu maafkan bapanya itu..
Setelah dipujuk oleh orang yang dikasihinya, dia pulang dan menandatangani surat izin menjalani pembedahan bapanya itu. Dia menangis kerna diberi penghormatan itu. Sedang ramai lagi adik-beradik yang boleh diharap lagi. Mengapa dia? Entah bila dendamnya akan berkubur, adakah setelah kejadian ini menimpa bapanya? Apa akan terjadi selepas ini? Dia baru berusia 29 tahun...
Lelaki & Dendam 2:
Dia seorang lelaki miskin. Ditinggalkan oleh ibunya sejak kecil lagi. Tiada belaian manja dari seorang ibu. Bapanya hanya seorang pekerja kebun. Namun, dia seorang pelajar pintar di sekolah rendah dahulu.
Tamat darjah 6, dia berhenti sekolah. Guru besar datang ke rumahnya, menjemput agar dia menyambung persekolahannya. Tapi bapanya enggan mengizinkan. "Adik-adik di rumah perlu dipelihara, bantu abah!" Cita-citanya untuk melanjutkan persekolahan disimpan, cuma itu yang boleh dilakukannya. Dia mula bekerja sejak belasan tahun lagi, membantu menyara keluarga.
Setelah berkahwin, dia tinggal bersama anak isteri di rumah mertua. Menjaga mereka sehingga hayat tiada. Tiba2, rumah peninggalan itu telah dirampas oleh orang yang tidak berhak. Kuasa manusia yang merubah.. Ya, mereka berkuasa! Boleh lakukan apa sahaja. Tapi lupa dengan kuasa Tuhan! Biarlah Tuhan sahaja yang membalasnya.
Sehingga berumur 26 tahun, dia bergaduh dengan bapanya. Kerana tanah! Ibunya meninggalkan sebidang tanah untuk dia berkongsi dengan adik-beradiknya yang lain. Dia yang uruskan, dan bapanya tidak mendapat bahagian. Maka mereka bergaduh. Dia sedih, mahu saja berdendam, sudah la bapanya tak izinkan dia bersekolah dulu... Apa lagi pengorbanan yang perlu dia lakukan? Tapi kudrat apakah dia sebagai anak untuk membalas?
"Abah, kalau abah nak bahagian tanah ni... abah ambil la bahagian saya ni. Biarlah saya takde bahagian. Saya akan bawa anak isteri saya ni duduk mana2." Hanya itu yang mampu dikatakannya. Akhirnya, bapanya sedar. Alhamdulillah...
Sehingga lewat 5o tahun, dia sudah mencipta kejayaan sendiri. Walau tidak sebesar mana, tapi dia bersyukur punya isteri yang memahami dan anak2 yang berjaya. Itulah sokongan dia dalam hidup ini. Tapi, adik-beradiknya yang lain pula menikam dia dari belakang. Kini dia betul2 berdendam! Sebab anak dan isterinya sudah diusik! Orang yang paling dikasihinya. Tiada maaf bagimu wahai adik... kerna kau telah mencalar kewibawaanku sebagai seorang abang. Apa lagi yang abang perlu korbankan?
Entah bila dendamnya ini akan berkubur... dia benar2 kecewa...
Percaya kata janjiMu:
Mungkin hanya ini yang mampu dipegang. Tatkala tiada siapa yang mampu memahami melainkan Dia.
Firman Allah dalam ayat seribu dinar, " Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya.dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap2 sesuatu." (Ath-Thalaaq: 2-3)
Firman Allah dalam Surah Luqman, ayat 14-16, "Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu bapanya: ibunya telah mengandungkannya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyusukannya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepadaKu dan kepada ibu bapamu, hanya kepadaKu lah kembalimu. Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan dengan Aku sesuatu yang tidak ada pengetahuanmu tentang itu, maka janganlah kamu mengikuti keduanya, dan pergaulilah keduanya di dunia dengan baik, dan ikutilah jalan orang yang kembali kepadaKu, kemudian hanya kepadaKu lah kembalimu, maka Kuberitakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan. Luqman berkata: Hai anakku, sesungguhnya jika ada sesuatu perbuatan seberat biji sawi, dan berada dalam batu atau di langit atau di dalam bumi, nescaya Allah akan membalasnya. Sesungguhnya Allah Maha Halus lagi Maha Mengetahui."
Kataku:
Ibu bapa punya hak di dunia. Pergauli mereka, berbuat baik dan berbakti kepada mereka selagi terdaya adalah perintahNya. Walaupun mereka kafir, mereka tetap punya hak untuk dihormati. Namun, cinta kita pada yang Esa tiada tandingannya, biarpun mereka menyuruh kita mempersekutukanNya, maka kita wajib mengingkari. Sebolehnya, kita bawa mereka ke jalan yang benar.
Tiada hidup yang tiada masalah. Namun, tiada masalah melainkan cabaran buat diri kita untuk mencapai syurga Allah. Dia datangkan ujian itu sebab Dia memandang kita, Dia benar-benar mengasihi kita. Maka, alangkah untungnya kita dipandang olehNya. Selayaknya kita diuji kerana dia benar-benar tahu kita mampu menanggungnya. Doalah agar kita tidak diuji dengan apa yang tak mampu untuk kita tanggung. Dia Maha Tahu dan kita sebagai manusia perlu mencari taqwa supaya Dia beri kita jalan keluar akan setiap masalah.
Lelaki 1:
Telah menemui permata yang dicari dan akan melangsungkan perkahwinan tidak berapa lama lagi. Dia mendapat perhatian dari ibunya dan kakak-kakaknya, dan dia amat disayangi oleh mereka. Masih menjadi seorang doktor yang berwibawa dan sedang melanjutkan pelajaran ke peringkat master. Semakin kuat mencari taqwa...
Lelaki 2:
Masih bekerja dalam tempoh 5 tahun lagi. Anak-anaknya sudah berjaya walaupun banyak cabaran menimpa keluarga. Jalan taqwa semakin terbuka luas... sudah merubah corak hidupnya. Dikasihi oleh anak-anaknya dan isteri, bapanya. Menanti saat mewalikan anaknya...
Buat kamu:
Hidup memang payah, namun segalanya indah dengan nur & iman. Maka, pelangi akan mewarnai hidup kita. Hitam atau putihnya sesuatu itu pasti akan kelihatan satu hari nanti. All the best for your long journey called life! =)

Isnin, November 02, 2009

aNuGeraH


Ramai mengatakan kepada saya, “aku menyesal dengan apa yang berlaku! Kalau aku tahu macam ni jadinya… aku tak akan……” Saya juga dulu begitu. Tapi sekarang, pendirianku lain.


Pendapatku, buat apa menyesal? Biarkan apa yang di belakang. Cuma jadikan sebagai ikhtibar dan usaha sekarang untuk ubah menjadi lebih baik. Setiap apa yang hadir dalam hidup kita, ia adalah satu anugerah. Anugerah dari Tuhan yang Maha Kaya. Kita tidak tahu, tapi Dia tahu. Tidak kira manis atau pahitnya pengalaman yang hadir, atau siapa pun yang pernah hadir dalam hidup kita, ia memberikan seribu erti. Syaratnya…kita nilai, kita belajar dan kita sedar.


Tuhan suruh kita berfikir, di mana kita dan untuk apa kita di sini?? Tuhan juga suruh kita usaha untuk bahagia di dunia. Cuma, ramai yang lupa cara mana yang perlu diikut…Tuhan tak pernah suruh untuk mengasingkan diri dari dunia hanya kerana akhirat semata. Tapi Dia perintahkan kita untuk cari harmoni di dunia ini, dengan syarat…kita tak lupa matlamat utama kita iaitu akhirat. Siapa kata Islam mengongkong?


Bila sedih, ingat pada Dia. Bila gembira, ingat pada Dia…InsyaAllah, Dia pasti tunjukkan jalan. Bila jalan yang kita ikut sudah benar, kita teruskan. Kita yakin dengannya. Mencari yakin memang susah. Tapi yakin akan hadir bila kita tahu. Jadi, carilah tahu itu semahunya. Dan paling penting, tahu dan kenal diri sendiri. Kenal diri pun ada kalanya susah. Tapi, Tuhan tak pernah biar kita keseorangan. Dia berikan kita panduan, maka carilah panduan itu dahulu. Sudah jumpa, ikutlah panduan. Tapi bila tersesat, kita kembali dan cari yang benar… Apa panduan itu? Ianya adalah syariat!!


Jangan takut dalam mencari arah. Itu yang paling penting. Kalau takut, sampai bila-bila pun kita tak tahu. Jangan gusar dan selalu mengatakan ‘kalau’, ‘mungkin’ atau memegang sesuatu yang tak pasti. Pasti dan terang itu penting. Kalau kelam, bagaimana mahu tahu arah?
Akhir sekali, selepas tahu dan yakin…maka lakukan sahaja apa yang dimahukan. Layarkan kehidupan ke mana-mana destinasi pilihan. Tapi andainya, Tuhan tak ciptakan ia untuk kita…Dia pasti lebih tahu mengapa. Ada destinasi lain yang Dia rancangkan buat kita…


Hidup memang payah, tapi segalanya indah…Senyum selalu ;)