Lelaki & Dendam 1:
Segalanya kerna cita-cita dia berbeza dengan apa yang bapanya cita-citakan.
Kisah bermula apabila Dato' Borhan mahukan Dr. Aidil mengambil alih syarikat milik keluarga mereka kerna dia satu-satunya waris lelaki. Dato' Borhan bimbang syarikatnya itu akan terlepas ke tangan orang lain...Entah, apa di fikirannya. Tapi Dr. Aidil cintakan dunia kedoktoran. Dia meneruskan perjuangannya itu sendiri, hingga dia berjaya menjadi salah seorang doktor.
Sampai lah satu ketika, Dato' Borhan mahukan dia berkahwin dengan calon pilihan Dato' Borhan, anak sahabat niaganya... untuk meluaskan empayar perniagaannya. Dr. Aidil menerima kerna dia pun tiada lagi calon isteri. Tapi, bapanya menipu akan keadaan dirinya kepada perempuan itu dan keluarganya. Semata-mata mahu merealisasikan hajatnya. Maka mereka telah ditunangkan. Sehingga rahsia akan dirinya diketahui sendiri oleh perempuan yang menjadi tunangannya itu, dia minta putus!
Dr. Aidil kecewa dan berdendam dengan bapanya! Perempuan itu pula, hanya mahukannya sebab dia seorang doktor berjaya. Dia sudah menilai kaca itu.
Dendamnya tiada kesudahan. Sampailah berita bapanya diserang sakit jantung dan koma, dia tidak mahu pulang. Masih sakit hatinya sampai tak mahu maafkan bapanya itu..
Setelah dipujuk oleh orang yang dikasihinya, dia pulang dan menandatangani surat izin menjalani pembedahan bapanya itu. Dia menangis kerna diberi penghormatan itu. Sedang ramai lagi adik-beradik yang boleh diharap lagi. Mengapa dia? Entah bila dendamnya akan berkubur, adakah setelah kejadian ini menimpa bapanya? Apa akan terjadi selepas ini? Dia baru berusia 29 tahun...
Lelaki & Dendam 2:
Dia seorang lelaki miskin. Ditinggalkan oleh ibunya sejak kecil lagi. Tiada belaian manja dari seorang ibu. Bapanya hanya seorang pekerja kebun. Namun, dia seorang pelajar pintar di sekolah rendah dahulu.
Tamat darjah 6, dia berhenti sekolah. Guru besar datang ke rumahnya, menjemput agar dia menyambung persekolahannya. Tapi bapanya enggan mengizinkan. "Adik-adik di rumah perlu dipelihara, bantu abah!" Cita-citanya untuk melanjutkan persekolahan disimpan, cuma itu yang boleh dilakukannya. Dia mula bekerja sejak belasan tahun lagi, membantu menyara keluarga.
Setelah berkahwin, dia tinggal bersama anak isteri di rumah mertua. Menjaga mereka sehingga hayat tiada. Tiba2, rumah peninggalan itu telah dirampas oleh orang yang tidak berhak. Kuasa manusia yang merubah.. Ya, mereka berkuasa! Boleh lakukan apa sahaja. Tapi lupa dengan kuasa Tuhan! Biarlah Tuhan sahaja yang membalasnya.
Sehingga berumur 26 tahun, dia bergaduh dengan bapanya. Kerana tanah! Ibunya meninggalkan sebidang tanah untuk dia berkongsi dengan adik-beradiknya yang lain. Dia yang uruskan, dan bapanya tidak mendapat bahagian. Maka mereka bergaduh. Dia sedih, mahu saja berdendam, sudah la bapanya tak izinkan dia bersekolah dulu... Apa lagi pengorbanan yang perlu dia lakukan? Tapi kudrat apakah dia sebagai anak untuk membalas?
"Abah, kalau abah nak bahagian tanah ni... abah ambil la bahagian saya ni. Biarlah saya takde bahagian. Saya akan bawa anak isteri saya ni duduk mana2." Hanya itu yang mampu dikatakannya. Akhirnya, bapanya sedar. Alhamdulillah...
Sehingga lewat 5o tahun, dia sudah mencipta kejayaan sendiri. Walau tidak sebesar mana, tapi dia bersyukur punya isteri yang memahami dan anak2 yang berjaya. Itulah sokongan dia dalam hidup ini. Tapi, adik-beradiknya yang lain pula menikam dia dari belakang. Kini dia betul2 berdendam! Sebab anak dan isterinya sudah diusik! Orang yang paling dikasihinya. Tiada maaf bagimu wahai adik... kerna kau telah mencalar kewibawaanku sebagai seorang abang. Apa lagi yang abang perlu korbankan?
Entah bila dendamnya ini akan berkubur... dia benar2 kecewa...
Percaya kata janjiMu:
Mungkin hanya ini yang mampu dipegang. Tatkala tiada siapa yang mampu memahami melainkan Dia.
Firman Allah dalam ayat seribu dinar, " Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya.dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap2 sesuatu." (Ath-Thalaaq: 2-3)
Firman Allah dalam Surah Luqman, ayat 14-16, "Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu bapanya: ibunya telah mengandungkannya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyusukannya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepadaKu dan kepada ibu bapamu, hanya kepadaKu lah kembalimu. Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan dengan Aku sesuatu yang tidak ada pengetahuanmu tentang itu, maka janganlah kamu mengikuti keduanya, dan pergaulilah keduanya di dunia dengan baik, dan ikutilah jalan orang yang kembali kepadaKu, kemudian hanya kepadaKu lah kembalimu, maka Kuberitakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan. Luqman berkata: Hai anakku, sesungguhnya jika ada sesuatu perbuatan seberat biji sawi, dan berada dalam batu atau di langit atau di dalam bumi, nescaya Allah akan membalasnya. Sesungguhnya Allah Maha Halus lagi Maha Mengetahui."
Kataku:
Ibu bapa punya hak di dunia. Pergauli mereka, berbuat baik dan berbakti kepada mereka selagi terdaya adalah perintahNya. Walaupun mereka kafir, mereka tetap punya hak untuk dihormati. Namun, cinta kita pada yang Esa tiada tandingannya, biarpun mereka menyuruh kita mempersekutukanNya, maka kita wajib mengingkari. Sebolehnya, kita bawa mereka ke jalan yang benar.
Tiada hidup yang tiada masalah. Namun, tiada masalah melainkan cabaran buat diri kita untuk mencapai syurga Allah. Dia datangkan ujian itu sebab Dia memandang kita, Dia benar-benar mengasihi kita. Maka, alangkah untungnya kita dipandang olehNya. Selayaknya kita diuji kerana dia benar-benar tahu kita mampu menanggungnya. Doalah agar kita tidak diuji dengan apa yang tak mampu untuk kita tanggung. Dia Maha Tahu dan kita sebagai manusia perlu mencari taqwa supaya Dia beri kita jalan keluar akan setiap masalah.
Lelaki 1:
Telah menemui permata yang dicari dan akan melangsungkan perkahwinan tidak berapa lama lagi. Dia mendapat perhatian dari ibunya dan kakak-kakaknya, dan dia amat disayangi oleh mereka. Masih menjadi seorang doktor yang berwibawa dan sedang melanjutkan pelajaran ke peringkat master. Semakin kuat mencari taqwa...
Lelaki 2:
Masih bekerja dalam tempoh 5 tahun lagi. Anak-anaknya sudah berjaya walaupun banyak cabaran menimpa keluarga. Jalan taqwa semakin terbuka luas... sudah merubah corak hidupnya. Dikasihi oleh anak-anaknya dan isteri, bapanya. Menanti saat mewalikan anaknya...
Buat kamu:
Hidup memang payah, namun segalanya indah dengan nur & iman. Maka, pelangi akan mewarnai hidup kita. Hitam atau putihnya sesuatu itu pasti akan kelihatan satu hari nanti. All the best for your long journey called life! =)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan