
Ramai mengatakan kepada saya, “aku menyesal dengan apa yang berlaku! Kalau aku tahu macam ni jadinya… aku tak akan……” Saya juga dulu begitu. Tapi sekarang, pendirianku lain.
Pendapatku, buat apa menyesal? Biarkan apa yang di belakang. Cuma jadikan sebagai ikhtibar dan usaha sekarang untuk ubah menjadi lebih baik. Setiap apa yang hadir dalam hidup kita, ia adalah satu anugerah. Anugerah dari Tuhan yang Maha Kaya. Kita tidak tahu, tapi Dia tahu. Tidak kira manis atau pahitnya pengalaman yang hadir, atau siapa pun yang pernah hadir dalam hidup kita, ia memberikan seribu erti. Syaratnya…kita nilai, kita belajar dan kita sedar.
Tuhan suruh kita berfikir, di mana kita dan untuk apa kita di sini?? Tuhan juga suruh kita usaha untuk bahagia di dunia. Cuma, ramai yang lupa cara mana yang perlu diikut…Tuhan tak pernah suruh untuk mengasingkan diri dari dunia hanya kerana akhirat semata. Tapi Dia perintahkan kita untuk cari harmoni di dunia ini, dengan syarat…kita tak lupa matlamat utama kita iaitu akhirat. Siapa kata Islam mengongkong?
Bila sedih, ingat pada Dia. Bila gembira, ingat pada Dia…InsyaAllah, Dia pasti tunjukkan jalan. Bila jalan yang kita ikut sudah benar, kita teruskan. Kita yakin dengannya. Mencari yakin memang susah. Tapi yakin akan hadir bila kita tahu. Jadi, carilah tahu itu semahunya. Dan paling penting, tahu dan kenal diri sendiri. Kenal diri pun ada kalanya susah. Tapi, Tuhan tak pernah biar kita keseorangan. Dia berikan kita panduan, maka carilah panduan itu dahulu. Sudah jumpa, ikutlah panduan. Tapi bila tersesat, kita kembali dan cari yang benar… Apa panduan itu? Ianya adalah syariat!!
Jangan takut dalam mencari arah. Itu yang paling penting. Kalau takut, sampai bila-bila pun kita tak tahu. Jangan gusar dan selalu mengatakan ‘kalau’, ‘mungkin’ atau memegang sesuatu yang tak pasti. Pasti dan terang itu penting. Kalau kelam, bagaimana mahu tahu arah?
Akhir sekali, selepas tahu dan yakin…maka lakukan sahaja apa yang dimahukan. Layarkan kehidupan ke mana-mana destinasi pilihan. Tapi andainya, Tuhan tak ciptakan ia untuk kita…Dia pasti lebih tahu mengapa. Ada destinasi lain yang Dia rancangkan buat kita…
Hidup memang payah, tapi segalanya indah…Senyum selalu ;)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan