Ahad, November 21, 2010

Air Mata Pengorbanan

balqis teringat...
mak hantar ke sekolah dengan menaiki basikal, hujan renyai... mak cakap, 'belajar rajin2 ye...' balqis cium tangan mak. balqis berazam mahu teruskan persekolahan.

balqis teringat...
mak hantar ke universiti. mak tinggalkan balqis sorang2 di situ...balqis menangis. mak cakap, 'jangan menangis. mak tak jauh... belajar rajin2. nanti balqis tak susah macam mak...'

balqis teringat...
balqis menangis telefon mak. balqis cakap...'exam susah mak. balqis takut tak lulus. balqis dah putus asa...' mak jawab...'ingat mak sayang... jangan putus asa.'

balqis teringat...
balqis melawat lokap mahkamah di Klang suatu ketika dahulu... ada seorang kanak-kanak pesalah juvana... seorang anggota polis senior berbual dengan balqis. satu soalan diajukan kepadanya...'siapa dia yang dinamakan anak yang soleh?' balqis jawab...'anak yang baik, tak lawan cakap orang tua...' anggota polis itu membalas...'jawapan yang paling tepat adalah anak yang tidak menyusahkan ibu bapanya dan sentiasa membuat kebaikan kepada dirinya sendiri serta mambuat ibu bapanya gembira...'

balqis teringat...
mak sentiasa berkorban utk balqis. mak nak balqis gembira...

balqis harap...
mak menangis sbb gembira, bukan sedih... balqis gembira andai mak gembira dan senyum selalu...

balqis harap...
balqis berikan yang terbaik utk mak...dunia & akhirat. balqis tak cari kemewahan dunia. tapi balqis nak kemewahan akhirat utk semua...

balqis menangis...
air mata pengorbanan gugur... teringat semua ini...

Jumaat, Jun 18, 2010

Civil Lawyers vs Syarie Lawyers

Today, Mr. President of Bar Committee said that the non-Muslims lawyers should be permitted to practice in the Syariah Courts. He urged the openness, to promote awareness the religion of Islam.
But, I open a question to all of u...." Is by permitting non-muslims lawyers, it will promote awareness the religion of Islam or it will endanger it???"

Khamis, Jun 17, 2010

Pengorbanan...

"Hello, assalamualaikum mak..." ucapku tatkala mendengar suara mak.

"Waalaikumsalam..." mak menjawab. Sayu aku mendengar suara mak, ada kelainan, tak seperti selalu. Suara mak serak. Batuk rupanya.

"Mak, akak tak balik kampung minggu ni ye." Berat mulutku berbicara.

"Mak sabar ye..." Aku menyambung.

"Tak apa... Mak faham.." Sahut mak.

Air mata aku menitis, apabila terkenangkan mak, babah dan adik-adik di kampung. Kerana tuntutan hidup, mereka relakan pengorbanan. Aku harap, pengorbanan mereka akan terbalas satu masa nanti.

Berjauhan, bukan bererti tak mengasihi. Berjauhan, bukan bererti aku melupakan. Berjauhan, hanya seketika. Berjauhan, kerana aku sangat menyayangi mereka. Kasih sayang yang tak pernah luntur dan tak akan luntur sampai akhir hayat aku. Terima kasih kerana pengorbanan kalian... kerana kalian, aku seperti ini sekarang dan aku di sini...
Ketahuilah, kalian tetap di hatiku... Segala apa yang aku lakukan, bicarakan selama ini, kerana mahukan yang terbaik buat kita semua... Mudah-mudahan... amin.

Jumaat, Mei 14, 2010

Saya Sayang Kamu...

Saya sayang kamu... kerana Allah! Sebab kamu... sayangkan Allah! Tapi, kalau kamu tinggalkan Allah, saya akan tinggalkan kamu...
Maaf, saya perlu bertegas... cuma kerana saya lebih sayangkan Dia daripada kamu. Tolonglah jaga saya kerana Dia. Ikutlah apa yang Dia perintahkan, jagalah Dia dahulu... Nanti kamu mesti boleh jaga saya. Kamu sayang saya kan???
Kalau ya, dan kalau awak setuju, saya juga sayangkan kamu... kerana Dia. ;-)

Musibah & Azab

Tatkala semua manusia meninggalkan kita... apalagi yang perlu kita pandang melainkan Allah, tuhan kita yang Esa. Cuma Dia yang mengetahui dan mengenali kita. Satu-satunya hanya Dia. Tiada yang lain melainkan Dia... Kadang-kadang kita sendiri juga keliru akan diri dan tak tahu apa yang baik dan apa yang tidak.
Cuma ini pegangan bagi kita sebagai Muslim, jika kita mahu beriman kepada Allah. Mahu menjaga iman dan terus beriman. Dan mengejar syurga Allah.
Sebagai Muslim, setiap kesusahan akan datang kepada kita kerana Allah amat sayangkan kita. Ia dinamakan musibah, semata-mata mahu menguji kekuatan iman kita. Iman yang sentiasa turun dan naik, supaya kita semakin dekat kepadaNya, bukan semakin jauh. Dia hanya datangkan ujian sebab Dia tahu kita mampu memikulnya.
Azab datang hanya kepada yang tidak beriman kepadaNya, kerana Allah mahu menghukum di atas kekufuran mereka. Sedangkan kebanyakan mereka tidak pernah sedar.
Tapi bagi kita, kesedaran itu perlu... Muhasabahlah diri tatkala musibah datang menguji. Tatkala segalanya tiada, merayu dan merintihlah kepadaNya kerana Dia pasti akan mengabulkan permintaan hamba-hambaNya. Biarpun lambat, Dia cuma mahu menguji kesabaran kita dan menganugerahi sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kita minta. Jangan putus asa!!!

Khamis, Mac 18, 2010

dALaM HaTi aDa DiA!!!

Pernah dulu, seorang tua memberi pesan padaku…sewaktu beliau menghantar daku berulang-alik ke Hospital Selayang. Barangkali beliau tahu apa yang tersarang dan berselirat dalam kepala, beliau berpesan,

“Dik, cukuplah bila dalam hati kamu ingat akan DIA. DIA tak pernah tinggalkan kamu. DIA tetap ada dan akan bantu kamu tatkala dunia tinggalkan kamu. Tatkala kamu rasa sendirian. DIA akan berikan apa yang kamu mahu. Jangan risau, DIA akan beri jalan keluar…”

“Terima kasih, pakcik… “

“Sama-sama. Ingat pesan pakcik ye… sampai bila-bila.”

“InsyaAllah, pakcik…” Dalam hati, aku tekad tidak akan melupakan pesanan itu. Ku percaya, adanya DIA dalam hati ini.. adanya cintaNYA untuk aku. Ku percaya, ada CINTA!!! Ujian yang datang hanya kerana aku mampu menanggungnya. Semoga beliau sentiasa dalam redha Allah.

*****

Tatkala 3 bulan melewati kehidupan sebagai seorang pelajar pelatih sebuah firma guaman di Jalan Pinang, Kuala Lumpur… kaki sentiasa melangkah dengan nama DIA. Warna-warni KLCC menemani perjalananku sepanjang tempoh itu. Bertolak tatkala matahari baru sahaja ingin menongkat langit.. dan pulang tatkala matahari mahu terbenam, bahkan kadang-kala sudah lewat terbenam!! Putra LRT sentiasa sesak dengan pelbagai kaum dan dua jantina. Berdiri atau duduk bersebelahan, atau berhimpit.. seakan sudah tidak kisah!! Cumanya aku seorang perempuan, kadang-kadang berasa lemah dalam dunia sesak itu… Jalannya agak sukar untuk ditempuh, apabila jauh dari kelurga dan sahabat-sahabat yang punya jalan masing-masing untuk dituju. Ujian datang silih berganti, di perjalanan menuju cita-cita.

Alhamdulillah, semuanya selamat. DIA terlebih dahulu menjaga aku sebelum aku menjaga DIA. Namun, dalam hati… DIA tetap ada! Lalu, aku pohon hidayah sampai kepada aku… dan aku mohon agar aku dekat dengan jalan hidayah itu. Syukur, my big boss beri aku peluang mencari pengalaman di situ. Dia beri tunjuk ajar dan belanja pengangkutan, tempat tinggal dan makan minum aku sepanjang tempoh itu. Aku sangat berterima kasih… kerana ia merupakan salah satu jalan hidayah buat aku… Juga kakak-kakak dan abang yang membantu diri ini, yang mengajar akan ilmu kehidupan. Kamu semua takkan aku lupakan!

Di situ jua tempat bermulanya aku mencari diri, dan mengenali diri ini. Siapa aku dan apa yang aku mahu dalam hidup ini.. Syukur kerana Allah lorongkan aku untuk memilih jalan kembara ini. Sesunguhnya, sesuatu pengembaraan itu memang memberikan perubahan pada diri…

*****

Cari dan jagalah Allah, kerna DIA selalu ada… Mengapa pula dalam hati kita tidak mahu ada DIA sentiasa?? Cubalah…Cuma itu sumber ketenangan dan kekuatan jiwa tatkala tiada apa lagi boleh kita harapkan. Bila dalam hati ada DIA, kita pasti akan temukan hati-hati yang punya DIA jua… Ameen =)

Ahad, Mac 07, 2010

ApaBiLa uJiAN mENimPa DaLaM BerSaHaBat...

Indahnya hidup dalam bersahabat… apabila semuanya kerana Allah. Cinta dan kasih sayang keranaNya. Adat hidup punya ujian, begitulah jua dalam persahabatan. Setiap manusia berbeza cara hidupnya, fikirnya… dan kadang-kala timbullah perselisihan kerana perbezaan itu.


Apa pun yang berlaku, muhasabah diri perlu dilakukan bagi kita semua… Memetik kata-kata seorang pujangga: “Pemimpin yang baik adalah yang bijak mencari jalan penyelesaian bagi sesuatu masalah, bukan mencari punca kesalahan dan masalah itu.”


Setiap kita adalah pemimpin untuk diri kita sendiri, juga orang lain. Sememangnya Allah galaskan kita dengan bebanan dan tanggungjawab sebagai khalifah di muka bumi ini. Maka khalifah sebaiknya bijak mencari jalan penyelesaian, bukan merumitkan lagi keadaan. Tidak perlu mencari di mana salah akan sesuatu masalah itu dan meletakkan ia di bahu mana-mana pihak. Hanya menuding jari ke atas orang lain… dan tidak mahu mengalah, meminta maaf dan memaafkan. Lantas, jiwa tidak tenang dan kacau. Sebaiknya, selesaikanlah persengketaan atau perselisihan itu dengan saling muhasabah diri, meminta maaf dan memaafkan. Setiap manusia pasti melakukan kesalahan, pasti tersilap dalam menjalani hidup ini. Itulah ujian dalam persahabatan.


Apabila ujian menimpa dalam bersahabat, dengan berlakunya perselisihan atau persengketaan… sebaiknya kita hentikan secepat mungkin, bukan melanjutkannya. Berikan peluang kepada diri untuk saling berkasih-sayang kerana di situlah terletaknya ketenangan. Apalah ertinya untuk terus memusuhi dan mengagungkan diri. Biar kita berbeza kerana perbezaan itu satu rahmat… tapi matlamat kita sama iaitu mencari redha Allah.


Minta maaf kepada sahabat-sahabatku kerana diri ini sangat tidak sempurna… selalu tersalah. Terima kasih di atas kemaafan yang dihulurkan. Semoga ujian yang menimpa semakin mendekatkan diri kita kepada Allah… dan ukhwah kita terbina atas landasanNya kerana di situlah terletaknya ketenangan abadi..

Saya sayang kamu semua!!! =)


UKHWAH FILLAH ABADAN ABADA… HUBBUKUM FILLAH WA LILLAH (CINTA DALAM ALLAH DAN KERANA ALLAH)…