Tatkala semua manusia meninggalkan kita... apalagi yang perlu kita pandang melainkan Allah, tuhan kita yang Esa. Cuma Dia yang mengetahui dan mengenali kita. Satu-satunya hanya Dia. Tiada yang lain melainkan Dia... Kadang-kadang kita sendiri juga keliru akan diri dan tak tahu apa yang baik dan apa yang tidak.
Cuma ini pegangan bagi kita sebagai Muslim, jika kita mahu beriman kepada Allah. Mahu menjaga iman dan terus beriman. Dan mengejar syurga Allah.
Sebagai Muslim, setiap kesusahan akan datang kepada kita kerana Allah amat sayangkan kita. Ia dinamakan musibah, semata-mata mahu menguji kekuatan iman kita. Iman yang sentiasa turun dan naik, supaya kita semakin dekat kepadaNya, bukan semakin jauh. Dia hanya datangkan ujian sebab Dia tahu kita mampu memikulnya.
Azab datang hanya kepada yang tidak beriman kepadaNya, kerana Allah mahu menghukum di atas kekufuran mereka. Sedangkan kebanyakan mereka tidak pernah sedar.
Tapi bagi kita, kesedaran itu perlu... Muhasabahlah diri tatkala musibah datang menguji. Tatkala segalanya tiada, merayu dan merintihlah kepadaNya kerana Dia pasti akan mengabulkan permintaan hamba-hambaNya. Biarpun lambat, Dia cuma mahu menguji kesabaran kita dan menganugerahi sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kita minta. Jangan putus asa!!!