balqis teringat...
mak hantar ke sekolah dengan menaiki basikal, hujan renyai... mak cakap, 'belajar rajin2 ye...' balqis cium tangan mak. balqis berazam mahu teruskan persekolahan.
balqis teringat...
mak hantar ke universiti. mak tinggalkan balqis sorang2 di situ...balqis menangis. mak cakap, 'jangan menangis. mak tak jauh... belajar rajin2. nanti balqis tak susah macam mak...'
balqis teringat...
balqis menangis telefon mak. balqis cakap...'exam susah mak. balqis takut tak lulus. balqis dah putus asa...' mak jawab...'ingat mak sayang... jangan putus asa.'
balqis teringat...
balqis melawat lokap mahkamah di Klang suatu ketika dahulu... ada seorang kanak-kanak pesalah juvana... seorang anggota polis senior berbual dengan balqis. satu soalan diajukan kepadanya...'siapa dia yang dinamakan anak yang soleh?' balqis jawab...'anak yang baik, tak lawan cakap orang tua...' anggota polis itu membalas...'jawapan yang paling tepat adalah anak yang tidak menyusahkan ibu bapanya dan sentiasa membuat kebaikan kepada dirinya sendiri serta mambuat ibu bapanya gembira...'
balqis teringat...
mak sentiasa berkorban utk balqis. mak nak balqis gembira...
balqis harap...
mak menangis sbb gembira, bukan sedih... balqis gembira andai mak gembira dan senyum selalu...
balqis harap...
balqis berikan yang terbaik utk mak...dunia & akhirat. balqis tak cari kemewahan dunia. tapi balqis nak kemewahan akhirat utk semua...
balqis menangis...
air mata pengorbanan gugur... teringat semua ini...
Gift of life is the life itself...even the life is not easy,it is always beautiful.Live the life at the fullest potential and say it in the name of Allah...
Ahad, November 21, 2010
Jumaat, Jun 18, 2010
Civil Lawyers vs Syarie Lawyers
Today, Mr. President of Bar Committee said that the non-Muslims lawyers should be permitted to practice in the Syariah Courts. He urged the openness, to promote awareness the religion of Islam.
But, I open a question to all of u...." Is by permitting non-muslims lawyers, it will promote awareness the religion of Islam or it will endanger it???"

Khamis, Jun 17, 2010
Pengorbanan...
"Hello, assalamualaikum mak..." ucapku tatkala mendengar suara mak.
"Waalaikumsalam..." mak menjawab. Sayu aku mendengar suara mak, ada kelainan, tak seperti selalu. Suara mak serak. Batuk rupanya.
"Mak, akak tak balik kampung minggu ni ye." Berat mulutku berbicara.
"Mak sabar ye..." Aku menyambung.
"Tak apa... Mak faham.." Sahut mak.
Air mata aku menitis, apabila terkenangkan mak, babah dan adik-adik di kampung. Kerana tuntutan hidup, mereka relakan pengorbanan. Aku harap, pengorbanan mereka akan terbalas satu masa nanti.
Berjauhan, bukan bererti tak mengasihi. Berjauhan, bukan bererti aku melupakan. Berjauhan, hanya seketika. Berjauhan, kerana aku sangat menyayangi mereka. Kasih sayang yang tak pernah luntur dan tak akan luntur sampai akhir hayat aku. Terima kasih kerana pengorbanan kalian... kerana kalian, aku seperti ini sekarang dan aku di sini...
Ketahuilah, kalian tetap di hatiku... Segala apa yang aku lakukan, bicarakan selama ini, kerana mahukan yang terbaik buat kita semua... Mudah-mudahan... amin.

Jumaat, Mei 14, 2010
Saya Sayang Kamu...
Saya sayang kamu... kerana Allah! Sebab kamu... sayangkan Allah! Tapi, kalau kamu tinggalkan Allah, saya akan tinggalkan kamu...
Maaf, saya perlu bertegas... cuma kerana saya lebih sayangkan Dia daripada kamu. Tolonglah jaga saya kerana Dia. Ikutlah apa yang Dia perintahkan, jagalah Dia dahulu... Nanti kamu mesti boleh jaga saya. Kamu sayang saya kan???
Kalau ya, dan kalau awak setuju, saya juga sayangkan kamu... kerana Dia. ;-)
Musibah & Azab
Tatkala semua manusia meninggalkan kita... apalagi yang perlu kita pandang melainkan Allah, tuhan kita yang Esa. Cuma Dia yang mengetahui dan mengenali kita. Satu-satunya hanya Dia. Tiada yang lain melainkan Dia... Kadang-kadang kita sendiri juga keliru akan diri dan tak tahu apa yang baik dan apa yang tidak.
Cuma ini pegangan bagi kita sebagai Muslim, jika kita mahu beriman kepada Allah. Mahu menjaga iman dan terus beriman. Dan mengejar syurga Allah.
Sebagai Muslim, setiap kesusahan akan datang kepada kita kerana Allah amat sayangkan kita. Ia dinamakan musibah, semata-mata mahu menguji kekuatan iman kita. Iman yang sentiasa turun dan naik, supaya kita semakin dekat kepadaNya, bukan semakin jauh. Dia hanya datangkan ujian sebab Dia tahu kita mampu memikulnya.
Azab datang hanya kepada yang tidak beriman kepadaNya, kerana Allah mahu menghukum di atas kekufuran mereka. Sedangkan kebanyakan mereka tidak pernah sedar.
Tapi bagi kita, kesedaran itu perlu... Muhasabahlah diri tatkala musibah datang menguji. Tatkala segalanya tiada, merayu dan merintihlah kepadaNya kerana Dia pasti akan mengabulkan permintaan hamba-hambaNya. Biarpun lambat, Dia cuma mahu menguji kesabaran kita dan menganugerahi sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kita minta. Jangan putus asa!!!
Khamis, Mac 18, 2010
dALaM HaTi aDa DiA!!!
Pernah dulu, seorang tua memberi pesan padaku…sewaktu beliau menghantar daku berulang-alik ke Hospital Selayang. Barangkali beliau tahu apa yang tersarang dan berselirat dalam kepala, beliau berpesan,
“Dik, cukuplah bila dalam hati kamu ingat akan DIA. DIA tak pernah tinggalkan kamu. DIA tetap ada dan akan bantu kamu tatkala dunia tinggalkan kamu. Tatkala kamu rasa sendirian. DIA akan berikan apa yang kamu mahu. Jangan risau, DIA akan beri jalan keluar…”
“Terima kasih, pakcik… “
“Sama-sama. Ingat pesan pakcik ye… sampai bila-bila.”
“InsyaAllah, pakcik…” Dalam hati, aku tekad tidak akan melupakan pesanan itu. Ku percaya, adanya DIA dalam hati ini.. adanya cintaNYA untuk aku. Ku percaya, ada CINTA!!! Ujian yang datang hanya kerana aku mampu menanggungnya. Semoga beliau sentiasa dalam redha Allah.
*****
Tatkala 3 bulan melewati kehidupan sebagai seorang pelajar pelatih sebuah firma guaman di Jalan Pinang, Kuala Lumpur… kaki sentiasa melangkah dengan nama DIA. Warna-warni KLCC menemani perjalananku sepanjang tempoh itu. Bertolak tatkala matahari baru sahaja ingin menongkat langit.. dan pulang tatkala matahari mahu terbenam, bahkan kadang-kala sudah lewat terbenam!! Putra LRT sentiasa sesak dengan pelbagai kaum dan dua jantina. Berdiri atau duduk bersebelahan, atau berhimpit.. seakan sudah tidak kisah!! Cumanya aku seorang perempuan, kadang-kadang berasa lemah dalam dunia sesak itu… Jalannya agak sukar untuk ditempuh, apabila jauh dari kelurga dan sahabat-sahabat yang punya jalan masing-masing untuk dituju. Ujian datang silih berganti, di perjalanan menuju cita-cita.
Alhamdulillah, semuanya selamat. DIA terlebih dahulu menjaga aku sebelum aku menjaga DIA. Namun, dalam hati… DIA tetap ada! Lalu, aku pohon hidayah sampai kepada aku… dan aku mohon agar aku dekat dengan jalan hidayah itu. Syukur, my big boss beri aku peluang mencari pengalaman di situ. Dia beri tunjuk ajar dan belanja pengangkutan, tempat tinggal dan makan minum aku sepanjang tempoh itu. Aku sangat berterima kasih… kerana ia merupakan salah satu jalan hidayah buat aku… Juga kakak-kakak dan abang yang membantu diri ini, yang mengajar akan ilmu kehidupan. Kamu semua takkan aku lupakan!
Di situ jua tempat bermulanya aku mencari diri, dan mengenali diri ini. Siapa aku dan apa yang aku mahu dalam hidup ini.. Syukur kerana Allah lorongkan aku untuk memilih jalan kembara ini. Sesunguhnya, sesuatu pengembaraan itu memang memberikan perubahan pada diri…
*****
Cari dan jagalah Allah, kerna DIA selalu ada… Mengapa pula dalam hati kita tidak mahu ada DIA sentiasa?? Cubalah…Cuma itu sumber ketenangan dan kekuatan jiwa tatkala tiada apa lagi boleh kita harapkan. Bila dalam hati ada DIA, kita pasti akan temukan hati-hati yang punya DIA jua… Ameen =)

Ahad, Mac 07, 2010
ApaBiLa uJiAN mENimPa DaLaM BerSaHaBat...
Indahnya hidup dalam bersahabat… apabila semuanya kerana Allah. Cinta dan kasih sayang keranaNya. Adat hidup punya ujian, begitulah jua dalam persahabatan. Setiap manusia berbeza cara hidupnya, fikirnya… dan kadang-kala timbullah perselisihan kerana perbezaan itu.
Apa pun yang berlaku, muhasabah diri perlu dilakukan bagi kita semua… Memetik kata-kata seorang pujangga: “Pemimpin yang baik adalah yang bijak mencari jalan penyelesaian bagi sesuatu masalah, bukan mencari punca kesalahan dan masalah itu.”
Setiap kita adalah pemimpin untuk diri kita sendiri, juga orang lain. Sememangnya Allah galaskan kita dengan bebanan dan tanggungjawab sebagai khalifah di muka bumi ini. Maka khalifah sebaiknya bijak mencari jalan penyelesaian, bukan merumitkan lagi keadaan. Tidak perlu mencari di mana salah akan sesuatu masalah itu dan meletakkan ia di bahu mana-mana pihak. Hanya menuding jari ke atas orang lain… dan tidak mahu mengalah, meminta maaf dan memaafkan. Lantas, jiwa tidak tenang dan kacau. Sebaiknya, selesaikanlah persengketaan atau perselisihan itu dengan saling muhasabah diri, meminta maaf dan memaafkan. Setiap manusia pasti melakukan kesalahan, pasti tersilap dalam menjalani hidup ini. Itulah ujian dalam persahabatan.
Apabila ujian menimpa dalam bersahabat, dengan berlakunya perselisihan atau persengketaan… sebaiknya kita hentikan secepat mungkin, bukan melanjutkannya. Berikan peluang kepada diri untuk saling berkasih-sayang kerana di situlah terletaknya ketenangan. Apalah ertinya untuk terus memusuhi dan mengagungkan diri. Biar kita berbeza kerana perbezaan itu satu rahmat… tapi matlamat kita sama iaitu mencari redha Allah.
Minta maaf kepada sahabat-sahabatku kerana diri ini sangat tidak sempurna… selalu tersalah. Terima kasih di atas kemaafan yang dihulurkan. Semoga ujian yang menimpa semakin mendekatkan diri kita kepada Allah… dan ukhwah kita terbina atas landasanNya kerana di situlah terletaknya ketenangan abadi..
Saya sayang kamu semua!!! =)
UKHWAH FILLAH ABADAN ABADA… HUBBUKUM FILLAH WA LILLAH (CINTA DALAM ALLAH DAN KERANA ALLAH)…
Sabtu, Februari 13, 2010
GOGOK???
"Malam ni babah nak ajak sume tgk gogok..." Babah bersuara pada satu petang. Saya baru pulang ke kampung.
"Amende tu? Pelik je. Kat mane?" Saya bertanya.
"Adalah... Rahsia. Malam ni baru tau." Jawab babah.
"Ala, bgtau la. Yang, adek... amende tu?" Saya semakin tertanya2, menggesa adik2.
"Adalah.... hehe. Ko mesti rase best nanti. Di kawasan purba... yang sgt asing..." Adikku berbicara, tertawa.
'Korg jgn la main2... " Saya semakin geram, rasa ingin tahu semakin memuncak. Lalu saya membiarkan sahaja hingga malam tiba....
******
Jam 12.12 malam
"Jom... kte keluar. Nak tgk tak?" Babah mengajak kami sekeluarga. Mata saya sudah mengantuk sebenarnya pada waktu itu. Tapi kerana rasa ingin tahu, saya bersiap juga.
Babah memandu kereta ke Pulau Carey, Telok Panglima Garang. Kawasan yang gelap, sunyi.. Saya tertanya2... ke manalah babah nak bawa kami... Seperti biasa, sayalah yang paling kecoh. Al-maklumlah, tak sabar nak tahu...
Kemudian, kami tiba di tempat yang dituju. Ramai orang di situ. Seperti ada majlis.
"Ni la tempatnya... kawasan purba, perkampungan orang asli... Majlis kawin orang asli!!!" Babah ketawa.
"La... apasal diorang wat majlis malam2 buta ni??? mana pengantinnya??? Saya kehairanan.
"Kawinnya da abis. Skrg ni pesta diorang...." jelas babah.
Pada waktu itu, ramai yang pandang2... jeling2 kat kami. Manakan tidak, kami semua perempuan bertudung bersama babah. Mak siap berjubah lagi. Mereka2 itu pula, ber'skirt' pendek... macam2 gaya ala2 orang masuk disco/pub/dangdut kot...
Astagfrullahalazim... di malam2 buta tu lah mereka berpesta rupanya. Itulah namanya pesta GOGOK!!! Dengan mabuk2 lagi... Lepas tu, tak tahulah sampai pukul berapa dan apa yang jadi. Dengan lelaki perempuan bercampur2... menari dan joget bersama2... 10 minit kemudian, kami pun pulang. Puas la dpt tahu apakah itu gogok... tak boleh blah lama2 di sana...
*****
Saya tidak menyangka di kawasan yang berdekatan dengan kampung halaman saya ada pesta seperti itu. Kiranya, boleh disamakan dengan pesta moden di Kuala Lumpur... contohnya boleh tgk orang 'tuang' / mabuk arak terhuyung-hayang di Bukit Bintang!
Pada fikiran saya, dakwah perlu sampai kepada mereka. Usaha pelajar2 UIAM melakukan aktiviti2 dakwah dan kemasyarakatan di perkampungan orang asli perlu dicontohi. CENSERVE dan TITIAN ASLI giat menjalankan khidmat komuniti di perkampungan2 orang asli sekitar Gombak ini. Di Pulau Carey, mungkin ABIM atau persatuan2 yang lain boleh usahakan... Masyarakat perlu celik, tidak buta melihat gejala sosial terus berleluasa...

Khamis, Januari 28, 2010
Kelakar... kelakar...
Macam2 rupanya anggapan orang ramai @ orang awam tentang profession seorang peguam. ade yang mengatakan, lawyer ni jahat... keje membela orang yang salah, salahkan orang yang betul. ade yang mengatakan, lawyer nanti kejenyer sibuk maha agung, tak lekat kat rumah... ade juga yang mengatakan, lawyer nanti dapat banyak duit... bergaji besar!! ramai juga yang men'down'kan saya dan tak kurang juga yang berikan saya semangat.
Kelakar kan? may I clarify to all of you guys... what lawyers mean and what does it should be.
Pada saya, setiap orang punya pilihan hidup. Berdasarkan apa yang dia minat, suka dan cinta!!! Bagi yang mencintakan duit, yes! yang berfikir duit adalah segalanya... memang etika seorang peguam yang sebenarnya akan dilupakan. memang ramai peguam yang bela orang salah.. janji menang kes n dapat duit!! memang sibuk sampai mengabaikan nikmat2 hidup yang lain.
Perlu ke macam tu? Ketahuilah, setiap orang punya peranan masing2. Peranan peguam yang sebenarnya adalah membantu hakim untuk menyelesaikan sesuatu kes, dengan mewakili pihak yang terlibat. Pihak dalam kes yang tiada asas undang2, dan tidak tahu membawa bukti dan hujah. Sebagai wakil, peguam perlu mewakili pihak yang terlibat dengan jujur dan amanah. Bukan soal duit semata2...
Apabila saya terlibat dengan dunia undang2, memang ramai peguam yang lupa dengan tanggungjawab yang sebenarnya... sampai jadi tahap menindas golongan yang perlu dibela pula. Tapi, saya juga bertemu dengan ramai peguam yang faham etika dan tanggungjawab yang sebenar... yang hidupnya biasa sahaja. Membela atas nama tanggungjawab, maka rezeki akan datang melaluinya... Apabila seseorang itu melaksanakan sesuatu atas kemampuannya, pandai2 lah yang lain menghargainya kan?
Sebenarnya, apa jua profession sama je. Tiap orang melakukan sesuatu atas pilihannya sendiri, atas peluang dan kemampuan. Bila semua orang tahu apa tanggungjawab yang sebenar, aman lah dunia ini... Tiada rasuah, penindasan, semua akan terbela.
Tapi, hakikatnya... susah utk dilaksanakan. Saya sendiri belum tentu lagi bagaimana nanti. Harapnya, saya tidak lupa... Tiap sesuatu itu ada cabarannya...
Jadi, pilihan kita sebagai manusia... kena fikir, nak dosa ke nak pahala? nak syurga ke neraka? kita adalah apa yang kita fikirkan, kita lakukan... Tepuk dada, tanya iman. Saya harap saya dan kamu semua tak lupa... amin.

Langgan:
Catatan (Atom)