Indahnya hidup dalam bersahabat… apabila semuanya kerana Allah. Cinta dan kasih sayang keranaNya. Adat hidup punya ujian, begitulah jua dalam persahabatan. Setiap manusia berbeza cara hidupnya, fikirnya… dan kadang-kala timbullah perselisihan kerana perbezaan itu.
Apa pun yang berlaku, muhasabah diri perlu dilakukan bagi kita semua… Memetik kata-kata seorang pujangga: “Pemimpin yang baik adalah yang bijak mencari jalan penyelesaian bagi sesuatu masalah, bukan mencari punca kesalahan dan masalah itu.”
Setiap kita adalah pemimpin untuk diri kita sendiri, juga orang lain. Sememangnya Allah galaskan kita dengan bebanan dan tanggungjawab sebagai khalifah di muka bumi ini. Maka khalifah sebaiknya bijak mencari jalan penyelesaian, bukan merumitkan lagi keadaan. Tidak perlu mencari di mana salah akan sesuatu masalah itu dan meletakkan ia di bahu mana-mana pihak. Hanya menuding jari ke atas orang lain… dan tidak mahu mengalah, meminta maaf dan memaafkan. Lantas, jiwa tidak tenang dan kacau. Sebaiknya, selesaikanlah persengketaan atau perselisihan itu dengan saling muhasabah diri, meminta maaf dan memaafkan. Setiap manusia pasti melakukan kesalahan, pasti tersilap dalam menjalani hidup ini. Itulah ujian dalam persahabatan.
Apabila ujian menimpa dalam bersahabat, dengan berlakunya perselisihan atau persengketaan… sebaiknya kita hentikan secepat mungkin, bukan melanjutkannya. Berikan peluang kepada diri untuk saling berkasih-sayang kerana di situlah terletaknya ketenangan. Apalah ertinya untuk terus memusuhi dan mengagungkan diri. Biar kita berbeza kerana perbezaan itu satu rahmat… tapi matlamat kita sama iaitu mencari redha Allah.
Minta maaf kepada sahabat-sahabatku kerana diri ini sangat tidak sempurna… selalu tersalah. Terima kasih di atas kemaafan yang dihulurkan. Semoga ujian yang menimpa semakin mendekatkan diri kita kepada Allah… dan ukhwah kita terbina atas landasanNya kerana di situlah terletaknya ketenangan abadi..
Saya sayang kamu semua!!! =)
UKHWAH FILLAH ABADAN ABADA… HUBBUKUM FILLAH WA LILLAH (CINTA DALAM ALLAH DAN KERANA ALLAH)…
Tiada ulasan:
Catat Ulasan