Khamis, Disember 24, 2009

Dua orang kanak2 perempuan itu...

Perhentian bas Klang merupakan satu tempat yang tidak asing bagi diri saya.. beberapa minggu yang lalu, saya terlihat dua orang kanak2 perempuan bermain panjat2 sebatang pokok yang berada betul2 di tengah2 bandar itu, sekitar perhentian bas Klang. Kasihan, mereka adalah pengemis jalanan... mangsa pedagang manusia! barangkali...
Sekitar umur 7-12 tahun, saya dan kita pada umur begitu telah bermain panjat2 pokok di sekitar rumah di kampung. bersama teman2... sambil diperhatikan oleh ibu bapa kita. Sesekali, ibu bapa kita akan memarahi kita agar kita tak terjatuh dan tercedera. Kalau cedera, mereka akan sapukan ubat...
Itu lumrah hidup kanak2, mahu bermain dan berseronok... tapi, dua orang kanak2 itu... berbeza hidupnya dengan kita. Disuruh bekerja dengan meminta sedekah! Bukan sekali ini saya memerhati, pernah dahulu... saya telah didatangi oleh seorang kanak2 perempuan di dalam bas, dia menadah tabungnya kepada saya, tanpa kata... Saya bertanya, " Adik dari mana? Mana mak, ayah?" Dia terus berlari...
Semasa saya berjalan2 cari makan dan pusing2 bandar Klang, beberapa kali saya didatangi lagi oleh kanak2 seperti itu. Saya bertanya soalan yang sama... Mereka diam. Pergi tanpa kata...
Soalan saya, kenapa mereka takut? Kenapa mereka tidak menjawab? Hati pun memberikan jawapan, besar kemungkinan mereka mangsa sindiket perdagangan manusia!!
Di mana ibu bapa mereka? benarkah mereka yatim piatu... kalau ya, apa yang Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Rumah Anak Yatim boleh lakukan?
Seruan buat kita, masyarakat perlu memandang.. pihak berwajib perlu bertindak.. ibu bapa perlu menjaga anak2 sebaiknya kerna mereka pembela di masa tua.. Hidup untuk memandang apa yang perlu, memberi kepada yang memerlukan. Kita benci jenayah human trafficking! Agama juga membencinya dan menjaga hidup manusia... Jadi, apa peranan kita?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan