Selasa, Disember 15, 2009

Mencari CINTA SEMPURNA


Selepas membaca blog Saifulislam.com, saya tertarik untuk menonton drama CINTA SEMPURNA yang telah ditayangkan di Astro Oasis pada Ramadhan yang lalu. Tidak berpeluang untuk menontonnya terus dari televisyen kerana tiada kemudahan Astro di rumah, juga kekangan waktu semasa di kampus membuatkan saya menontonnya dari Youtube baru2 ini. Tidak lupa juga, saya sungguh beiya2 mengajak teman sebilik menonton bersama. Akhirnya dia juga tertarik. Pandai juga saya memujuknya =)


Drama berkonsepkan cerita asal oleh Ustaz Hasrizal ini merupakan satu usaha yang boleh dipuji. Dan penonton wajar mengambil pengajaran daripada kisah ini. Jika kita benar2 menghayatinya, kita pasti memperoleh mesej yang hendak disampaikan dan cuba mempraktikkan dalam kehidupan kita. Susah…sekurang2nya cuba!


Ia merupakan kisah mengenai perkara asas dalam kehidupan kita sebagai manusia dan muslim. Kononnya, seseorang itu dikatakan bahagia…tapi hakikatnya tidak! Kenapa ye?

Shila dan Najib baru pulang dari UK, mendapat ‘western education’ di sana… Shila menuntut jurusan undang-undang, manakala Najib menuntut jurusan seni fotografi dan seangkatan dengannya. Saya kurang pasti dengan nama jurusan sebenar. Mereka lupa dengan adat melayu dan agama Islam, malah jauh menyimpang dari akidah yang sebenarnya. Ibu bapanya bimbang, maka menjemput Ustaz Nazir ke rumah untuk mengajar mereka. Dan mereka telah dipertemukan dengan Dr. Najiha dan seorang bilal buta.


Shila dan Najib ni manalah suka dengan benda2 agama ni.. Arak, pub, disco… dah biasa. Sembahyang, tudung, songkok… untuk apa? Anjing… kenapa tak boleh bela? Kata mereka, Islam betul2 mengongkong. Balik Malaysia, semua tak boleh buat. Lebih baik duduk UK!! Ayah mereka selalu membebel, marah… mereka lawan, selalu bergaduh.

Ustaz Nazir: “What is your purpose of life?? Orang yang tak ada matlamat hidup ibarat memukul bola golf kat padang yang tak ada lubang. Ibarat lembu yang Cuma tahu makan dan tidur..”

Shila: “By being a successful lawyer, with a lot of money. That is my purpose of life!”

Ustaz Nazir: “Tapi ada orang kaya, banyak harta… tapi tak gembira pun. Selalu bergaduh, tak bahagia.”

Sampailah masanya Shila terjatuh cinta dengan Ustaz Nazir, dan Najib terjatuh cinta dengan Dr. Najiha… Pulak dah… parah! Cinta mereka ditolak, ye lah… mana boleh, Ustaz Nazir tu tunang Dr. Najiha. Kecewa lah mereka sampaikan Shila nak bunuh diri, Najib pula sampai nak bunuh Ustaz Nazir. Lawak betul, cetek pemikiran! Nasib baik sempat diselamatkan…

Akhirnya…

Bilal: “Cinta kepada bunga, bunga akan layu. Kalau cinta kepada harta, harta akan musnah. Kalau cintakan manusia, manusia akan mati. Tapi kalau cintakan Allah, Allah kekal abadi.”

Shila: “Saya suka dengan kata2 tu.”

Dr. Najiha: “Itu kata2 dari Imam An-Nawawi.”

Shila: “It is interesting!”

Bilal: “Peniaga Muhammad Iqbal ada mengatakan, ‘Cinta kalau tak bertunjangkan kepada Allah, dia ada rasa tapi tiada pengorbanan’.”

Dr. Najiha: “Pengorbanan yang akan menjadikan cinta lebih manis.”

Shila: “Tapi saya mencari CINTA SEMPURNA…”

Bilal: “Pada manusia, tak ada CINTA SEMPURNA. Tapi kita kena terus mencarinya.”

Shila: “Mencari? Tapi, tadi kata tak ada CINTA SEMPURNA?”

Bilal: “CINTA SEMPURNA hanya milik Allah…”


Kesimpulannya, sepanjang hidup ini adalah satu pencarian kepada CINTA SEMPURNA. Selagi hayat dikandung badan, selagi itulah kita perlu lebih kenal dan cinta kepada Allah. Kita nak raih cinta DIA sebab kita nak syurga DIA… Kata orang, tak kenal maka tak cinta… jadi kenalah kenal DIA dulu. Nanti cintalah tu… Jom sama2 kenal DIA dan dapatkan CINTA SEMPURNA ye =)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan